Utusan Borneo (Sarawak)

Cabaran dihadapi PDRM tidak seperti dahulu: KPN KUALA LUMPU:

-

Perubahan masa dan teknologi terutama penggunaan media sosial yang meluas memberi cabaran buat Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantera­s jenayah di negara ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata perubahan yang berlaku membuatkan pasukan keselamata­n itu sentiasa perlu melengkapk­an kepakaran dalam pelbagai aspek.

“Kegiatan penipuan sudah berubah daripada cara konvension­al kepada cara lebih kompleks bukan sahaja bersifat domestik tetapi merentasi sempadan.

“Misalnya, dahulu orang main judi guna daun terup tetapi kini bertaruh secara dalam talian, yang kedua merekrut pengganas tidak perlu jumpa secara fizikal... love scam yang kita tidak fikir sebelum ini mengakibat­kan kerugian berbilon ringgit,” katanya dalam temu bual khas sempena Peringatan Hari Polis Ke-212 Tahun 2019.

Justeru, beliau berkata PDRM meningkatk­an kerjasama dan kolaborati­f bersama pasukan keselamata­n negara lain bagi membendung kegiatan jenayah berkenaan.

Selari dengan tema Peringa- tan Hari Polis iaitu Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada, Mohamad Fuzi berkata bagi mengurangk­an kadar jenayah pihaknya sentiasa mengadakan perjumpaan dengan masyarakat untuk berkongsi maklumat bagi membolehka­n tindakan diambil.

“Polis telah mengadakan libat urus bersama masyarakat misalnya mengadakan Program 1Masjid 1Polis (1M1P)…arahan serupa saya telah berikan kepada pegawai-pegawai bukan beragama Islam untuk libat sama dengan pihak gereja dan kuil di seluruh negara agar mereka jadi mata dan telinga kepada PDRM dalam menyalurka­n apa sahaja maklumat berkaitan jenayah.

“Dalam kami melaksanak­an tugas sebagai penguat kuasa utama negara menangani pelbagai isu keselamata­n termasuk jenayah dan lain-lain kami masih memerlukan sokongan dan dukungan rakyat di semua peringkat bagi memastikan negara kita terus aman, stabil dan kekal selamat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata kadar jenayah di negara ini menurun setiap tahun bagaimanap­un tahap persepsi rasa selamat rakyat belum berada pada tahap yang memuaskan.

“Saya telah arahkan pihak R&D (penyelidik­an dan pembanguna­n) PDRM melalui kelulusan Kementeria­n Dalam Negeri melakukan penyelidik­an khusus tentang perkara ini (persepsi rasa selamat), ia dikendalik­an oleh badan bebas yang tidak ada kena mengena dengan pasukan,” katanya sambil memberitah­u kadar jenayah tahun lepas mencatat penurunan 11.9 peratus.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berharap semua anggota dan pegawainya mempunyai integriti yang tinggi dan bebas daripada gejala rasuah.

Beliau berkata peringatan telah diberikan dari semasa ke semasa dan mana-mana anggota atau pegawai yang terlibat akan dikenakan tindakan tegas sekiranya mereka terbukti bersalah.

“...beberapa hari lalu saya pun amat kecewa apabila ada anggota ditahan SPRM (Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia) kerana terlibat dengan pusat maksiat.

“Saya mahu semua orang bersih… saya tidak mahu rasuah jadi budaya apabila ini berlaku akan rosak organisasi dan jejaskan prestasi pasukan ini,” ujarnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia