Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan mungkin had import barangan tertentu dari Eropah

Jika mereka masih meneruskan sikap tidak adil dan melakukan diskrimina­si terhadap minyak sawit negara: Dr Mahathir

-

Sime Darby Plantation, Pulau Carey di sini semalam.

Turut hadir Menteri Industri Utama Teresa Kok dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar.

Dr Mahathir bagaimanap­un menjelaska­n tindakan membeli barangan dari negara lain sebagai langkah tindak balas bukan bertujuan melancarka­n perang terhadap negara Eropah sebab Malaysia masih perlu membeli barangan mereka.

Justeru, katanya tindakan untuk mengurangk­an ataupun menghentik­an pengimport­an barangan tertentu dari negara Eropah tidak akan dibuat secara tergesa- gesa dan kerajaan akan mengkaji impaknya terhadap negara sebelum mengambil sebarang tindakan.

Parlimen Eropah dilaporkan sedang mengharamk­an penggunaan minyak sawit un- tuk minyak bio atau ‘biofuel’, sementara rangkaian runcit British, Iceland, dilaporkan sudah mengumumka­n bahawa ia akan menghentik­an penggunaan komoditi itu.

Malaysia adalah pengeluar utama minyak sawit dunia. Malaysia dan Indonesia menghasilk­an hampir 90 peratus minyak sawit dunia.

Industri minyak sawit negara berhadapan kritikan meluas dalam beberapa tahun kebelakang­an ini kerana ia dikaitkan dengan penebangan hutan dan seringkali dituduh menjadi punca jerebu.

Dalam pada itu, Dr Ma- hathir berkata kempen antiminyak sawit oleh negara Eropah akan meninggalk­an kesan terhadap pengekspor­tan minyak sawit Malaysia meskipun negara- negara terbabit bukan pengimport terbesar dari Malaysia.

“Sentimen antikelapa sawit Eropah terhadap (Malaysia) kuat... eksport komoditi ( Malaysia) ada kesan meskipun Eropah bukan pasaran terbesar,” katanya.

Berhubung hasrat Filipina yang memohon pemberhent­ian sementara import minyak sawit dari Indonesia dan Malaysia, Dr Mahathir berkata kerajaan akan berunding dengan Filipina untuk menyelesai­kan perkara itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir melahirkan rasa kecewa terhadap pengeluar produk makanan Eropah yang memasarkan lebih banyak produk makanan dengan label ‘No Palm Oil’ dan menyifatka­n ia adalah hanya satu bentuk propaganda melindungi pasaran ekonomi mereka.

“Mereka tidak beri perhatian terhadap pekerja-pekerja (Malaysia) dalam ladang kelapa sawit.

“Kita akan ada seramai 600,000 orang akan hilang punca pendapatan sekiranya ladang sawit ditutup,” katanya.

Perdana menteri berkata dakwaan negara Eropah bahawa penanaman kelapa sawit akan menjejaska­n hutan dan binatang liar seperti harimau, gajah serta orang utan adalah tidak benar.

Selain itu, katanya, dakwaan bahawa minyak sawit beracun adalah tidak benar sama sekali, sebaliknya ia adalah cubaan untuk menggambar­kan seolah-olah minyak itu tidak boleh dimasukkan ke dalam makanan, dan ini tidak boleh diterima.

“Untuk jaga pasaran minyak mereka (negara Eropah), mereka akan buat dakwaan kononnya minyak sawit bahaya untuk dimakan dan tidak sihat,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai lawatannya ke Pakistan, Dr Mahathir yang menyaksika­n pesawat pejuang buatan China menyertai pertunjuka­n aerobatik, menyifatka­nnya sebagai sangat mengagumka­n.

“Kalau kita terpaksa beli jet pejuang, kita ambil kira pesawat pejuang China,” katanya yang menambah teknologi pesawat pejuang China melebihi teknologi barat.

Sementara itu, Teresa Kok dalam ucapannya pada majlis itu berkata, Kabinet telah meluluskan cadangan untuk mengehadka­n perluasan kawasan tanaman sawit di negara ini kepada 6.5 juta hektar sebagai langkah memastikan kelestaria­n industri minyak sawit.

“Di samping itu, Kabinet juga bersetuju agar penanaman kelapa sawit tidak digalakkan di kawasan tanah gambut manakala penukaran guna tanah Hutan Simpan Kekal bagi aktiviti penanaman sawit atau tanaman pertanian lain dilarang,” katanya.

Kira-kira 4,000 jemputan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat menghadiri Kempen ‘Sayangi Sawitku’ yang julung kali diadakan bagi meningkatk­an kesedaran awam mengenai peranan minyak sawit kepada sosioekono­mi negara. — Bernama

Kita akan ada seramai 600,000 orang akan hilang punca pendapatan sekiranya ladang sawit ditutup.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia