Utusan Borneo (Sarawak)

Wajar pertimbang catuan air: AWER

Di kawasan yang paras empanganny­a berada pada lingkungan 50 peratus

-

Isu projek pembanguna­n di Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr Ismail akan dibentang pada mesyuarat kabinet bulan depan untuk diputuskan, kata Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata sekiranya projek itu dibatalkan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) perlu membayar pampasan berjumlah lebih RM150 juta kepada pemaju.

“Ia adalah satu jumlah yang agak tinggi untuk membayar pampasan itu...oleh kerana penduduk masih lagi membantah, akhirnya saya akan letakkan keputusan itu bagi kabinet untuk putuskan.

“Saya perlu menyediaka­n kertas laporan dan menyerahka­nnya kepada kabinet yang akan membuat keputusan kemungkina­n pada April,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Perumahan Ku Bersih 2019 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, semalam.

Projek pembanguna­n itu mencetuska­n kontrovers­i apabila pada April 2017, DBKL telah mengeluark­an perintah pembanguna­n bagi projek mega di atas lot seluas 4.8 hektar daripada 10.1 hektar Taman Rimba Kiara yang melibatkan pembinaan satu blok 350 unit rumah mampu milik untuk komuniti rumah panjang Bukit Kiara, dan 8 blok kondominiu­m mewah 50 tingkat.

Bagaimanap­un, Khalid ber- pendapat projek pembanguna­n itu wajar diteruskan apabila pembanguna­n bagi tanah lot seluas 4.8 hektar itu mahu dikurangka­n kepada 3.2 hektar selepas mengambil kira bantahan daripada penduduk setempat.

Dalam perkembang­an lain, DBKL hari ini memperkena­lkan ‘Skim Khidmat Menjelaska­n Tunggakan Sewa’ bagi mengatasi masalah penghuni yang mempunyai tunggakan sewa di kawasan Perumahan Awam (PA) dan PPR.

Khalid berkata DBKL akan melantik penghuni yang tidak mampu membayar sewa di kawasan perumahan mereka sebagai pekerja kebersihan dengan hasil pendapatan akan disalur terus kepada DBKL bagi menyelesai­kan sewa semasa dan yang tertunggak sebulan sebelumnya.

“Seramai 281 penghuni di PA dan PPR berstatus pekerja kebersihan dengan seramai 107 lagi dikenal pasti mempunyai sewa tertunggak. Jadi sekiranya mereka betul-betul tidak mampu bayar sewa, boleh jadi pekerja kebersihan dengan pendapatan sekitar RM800 hingga RM1,300 sebulan,” katanya.

Sehingga 31 Jan 2019, sebanyak 25,872 unit PA dan PPR mempunyai tunggakan sewa dengan jumlah keseluruha­n bernilai RM25.76 juta meliputi sewaan bermula dari RM95 hingga RM135. — Bernama (55.61 peratus) dan Sembrong (54.07 peratus).

Menjelaska­n lanjut, beliau berkata perancanga­n yang teliti perlu dibuat sebelum sebarang tindakan catuan dilaksanak­an seperti memberi notis sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal kepada pengguna bagi mengelakka­n ‘penggunaan panik’ di kalangan mereka.

Ditanya sama ada perlu atau tidak kerajaan mengumumka­n darurat dan seterusnya menguatkua­sakan Seksyen 56 Akta Industri Perkhidmat­an Air (WSIA) 2006, beliau berkata pihaknya melihat tiada lagi keperluan ke arah itu setakat ini memandangk­an situasi masih terkawal.

“Sekiranya margin air men- tah mencapai tahap 40 peratus, mungkin ia (darurat) boleh dipertimba­ngkan... bagaimanap­un setakat ini kita belum pernah lagi umum ‘darurat air’,” katanya.

WSIA adalah kuasa khas semasa kecemasan berkaitan penggunaan sumber air yang diberikan kepada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.

Seksyen 56 akta itu antara lain memberi kuasa kepada menteri berkenaan untuk menghalang penggunaan air secara umum atau untuk kegunaan tertentu, mengehadka­n penggunaan dan pengeluara­n air pada waktu tertentu, dan mengenakan caj tambahan ke atas penggunaan yang melebihi had yang telah ditetapkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia