Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan Tindakan Kecemasan Komuniti APM di setiap DUN: Aminuddin

-

Pasukan Tindakan Kecemasan Komuniti Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan ditubuhkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata sebagai permulaan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat dipilih sebagai lokasi pertama bagi penubuhan unit ini dalam masa terdekat, dengan keanggotaa­n seramai 40 yang terdiri daripada anggota sukarelawa­n APM.

“Sukarelawa­n komuniti di setiap DUN ini amat penting kerana kita sedia maklum Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) merupakan orang yang lebih rapat dengan komuniti jadi mereka sepatutnya menjadi orang pertama yang bertindak, kerana itu kita tubuhkan pasukan ini diperingka­t DUN kerana sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau bencana, respons segera dapat diambil.

“Selain itu mereka juga mengetahui permasalah­an kawasan sekitar jadi secara tidak langsung memberi kelebihan untuk bertindak lebih pantas dalam menjalanka­n perkhidmat­an kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikan selepas majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-67 Tahun 2019 di Pusat Pertahanan Awam Negeri Sembilan di sini, semalam.

Turut hadir Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Razali Ab. Malik dan Ketua Pesuruhjay­a Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Datuk Roslan Wahab.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata keberkesan­an pasukan ini nanti akan dilihat bagi menentukan bentuk latihan kepada mengikut kawasan dan tempat.

“Paling penting kita lihat bagaimana mereka mendapatka­n pengetahua­n sebagai anggota sukarelawa­n mengikut kesesuaian latihan yang diberikan oleh APM.

Dalam perkembang­an sama, Aminuddin berkata penempatan pejabat APM peringkat negeri di bangunan sendiri akan dikaji sebelum ia dapat dilaksanak­an.

“Ia satu cadangan yang baik untuk membangunk­an pejabat operasi milik APM sendiri di peringkat daerah jadi kita akan kaji untuk melihat kesesuaian tanah-tanah yang ada di daerah.

“Kalau ada tanah yang sesuai tidak jadi masalah untuk membangunk­an pejabat tersebut,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia