Utusan Borneo (Sarawak)

‘Fit Malaysia’ peringkat Selangor rekod 10,000 penyertaan SHAH ALAM:

-

Lebih 10,000 peserta menyertai program ‘Fit Malaysia 2019’, peringkat negeri Selangor, di Dataran Kemerdekaa­n, di sini.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata penyertaan itu membuktika­n rakyat Malaysia berminat dengan program berkaitan kesukanan serta menjiwai Malaysia sebagai negara yang bersukan.

“Kehadiran peserta Fit Malaysia adalah signal yang jelas akan komitmen mereka dalam menjalani gaya hidup sihat dan aktif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu semalam yang turut diadakan acara larian, berbasikal, futsal dan aktiviti kecergasan seperti zumba.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Exco Pembanguna­n Generasi Muda, Sukan dan Pembanguna­n Modal Insan negeri, Mohd Khairuddin Othman.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata program yang dianjurkan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) itu dikendalik­an sepenuhnya agensi di bawah kementeria­n tersebut tanpa membabitka­n kontraktor luar.

“Ini kali pertama kita gunakan sepenuhnya agensi KBS untuk menguruska­n semuanya, dan kita tidak pakai kontraktor-kontraktor luar atau ‘private consultant’.

“Kita bagi pengiktira­fan untuk penjawat awam khususnya pegawai belia dan sukan skim S, di mana dengan cara ini kita melatih mereka menganjurk­an program besar. Kos juga dapat jimat jika sebelum ini (kos) RM1.1 juta ke RM1.3 juta tetapi apabila guna tenaga ‘in house’ kosnya hanya RM300,000 sahaja,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai sama ada jaguh perseorang­an badminton negara Datuk Lee Chong Wei akan beraksi pada saingan Piala Sudirman, Mei ini, Syed Saddiq berkata keputusan tersebut terletak pada tangan Chong Wei.

“Ini masanya untuk kita beri ruang kepada Datuk Lee Chong Wei, sekiranya orang lain di tempatnya mungkin sudah berhenti ( bermain badminton), tetapi dia seorang ‘fighter’ (pejuang).

“Walau apa pun tindakan yang dia ambil, KBS akan berikan sokongan penuh dan padu kepadanya,” katanya.

Chong Wei sebelum ini menarik diri daripada Terbuka Malaysia yang bermula 2 April depan atas nasihat doktor berikutan rawatan kanser hidung.

Dalam saringan Piala Sudirman, menyaksika­n Malaysia diundi bersama China dan India. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia