Utusan Borneo (Sarawak)

SLIM Selangor galak penjawat awam bersukan SHAH ALAM:

-

Bermula bulan depan, penjawat awam di Selangor dikehendak­i menyertai kegiatan berkaitan sukan menerusi program ‘ SLIM Selangor’.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, program itu dilaksanak­an bertujuan menggalakk­an rakyat Selangor terutamany­a penjawat awam negeri menjalani amalan hidup yang sihat sekali gus mendapatka­n berat badan ideal.

“Menerusi program itu penjawat awam diberikan pelepasan selama sejam, untuk melaksanak­an aktiviti senaman dan sukan pada Rabu (setiap minggu) bermula 4.30 petang.

“Ini menjadi hasrat kerajaan negeri supaya dapat mendidik rakyat negeri ini bersama- sama menggalakk­an gaya hidup sihat dalam komuniti setempat sekali gus, mencipta bangsa bersukan,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Fit Malaysia 2019 peringkat negeri yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Dataran Kemerdekaa­n, semalam.

Amirudin berkata, pada peringkat awal, program SLIM itu akan dilaksanak­an dengan membabitka­n penjawat awam yang bertugas di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“Kita akan buat program ini secara berperingk­at bermula di SUK sebelum diperluask­an di agensi kerajaan yang lain dan agensi lain termasuk swasta juga digalakkan menyertai program ini supaya budaya amalan hidup sihat ini dapat dijayakan kepada semua peringkat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia