Utusan Borneo (Sarawak)

Gol Barella, Kean pastikan ‘skuad baharu’ The Azzurri ceria Skuad Itali menewaskan Finland 2-0 pada perlawanan pembukaan kelayakan Euro 2020 di Stadium Friuli, Udine Sabtu lepas UDINE, Itali: Nicolo Barella dan Moise Kean menjaringk­an gol untuk memastikan

- MANCINI

Barella, 22, membuka jaringan seawal minit ketujuh sementara Kean, 19, yang membuat penampilan kesebelasa­n utama bersama Itali, menambah jaringan pada minit ke-74 untuk menggembir­akan penyokong di Stadio Friuli yang penuh sesak di sini.

“Ia bukan mudah kerana mereka menutup ruang dari awal, mengubah cara mereka bermain dan meletakkan lima pemain di benteng pertahanan,” kata jurulatih Itali, Roberto Mancini.

“Kami melakukan beberapa kesilapan di awal permainan tetapi bermain dengan lebih baik selepas rehat dan mencipta banyak peluang.

“Kean memiliki kualiti, potensi besar dan semuanya bergantung kepada beliau. Beliau harus bekerja-keras.”

Itali dalam proses pembinaan semula di bawah kendalian Mancini selepas juara dunia empat kali itu dikejutkan dengan kegagalan layak ke Piala Dunia (2018) buat kali pertama dalam 60 tahun.

Dan tugas pertama Mancini ialah membawa pasukan ke Euro, satu kejohanan yang hanya dimenangi sekali oleh Itali, iaitu 51 tahun yang lalu.

Itali, yang berada pada ranking ke-18 dunia ketika ini, menjadi pasukan pilihan dari Kumpulan J, yang turut termasuk Armenia, Bosnia dan Liechtenst­ein.

Itali tidak dapat menurunkan skuad terkuat dengan kecederaan kepada dua penyerang, Fede r i c o

Chies a

Ia bukan mudah kerana mereka menutup ruang dari awal, mengubah cara mereka bermain dan meletakkan lima pemain di benteng pertahanan.

dan Lorenzo Insigne, selain Alessandro Florenzi.

Kean menjadi pem a i n pertam a y a n g l a h i r s e - lepas 2000 yang beraksi dalam kesebelasa­n utama untuk Itali.

Pemain remaja itu membentuk tiga penyerang bersama-sama Federico Bernar- deschi dan Ciro Immobile.

Satu-satu penampilan Kean sebelum ini ialah sebagai pemain ain gantian pada a perlawanan persahabat­an menentang AmerikaSya­rikat bulan November tahun lepas.

Tetapi Barelella, pemain tengah, membuka uka jaringan pada da awal permainan selepas pertahanan Finland gagal mengeluark­an bola bahaya dari tendangan percuma Marco Verratti.

B a r e l l a m e l a k u k a n satu rembatan yang gagal diselamatk­an penjaga gol F i n l a n d , L Lukas Hrade decky. C Cristiano Piccini tidak bernasib baik menambah jarin jaringan selepas gandingan cantik dengan Kean sementara Bernard- eschi juga gagal dalam rayuan mendapatka­n penalti sebelum rehat ketika Itali menguasai permainan.

Teemu Pukki terlepas peluang mengikat kedudukan pada minit ke- 65 apabila penyudah dari umpanan Robin Lod tersasar walaupun pintu gol Itali terbuka luas.

Itali menambah jaringan pada pertengaha­n separuh masa kedua selepas Immobile mengumpan bola kepada Kean untuk gol antarabang­sa pertama beliau.

Seorang lagi pemain remaja, Nicolo Zaniolo, 19, membuat penampilan sulung bersama Itali apabila dimasukkan pada lima minit terakhir permainan.

Itali – juara Euro pad 1968 dan naib juara pada 2000 dan 2012 – mengekalka­n rekod tanpa kalah dalam kempen kelayakan sejak hampir 13 tahun yang lalu, dengan 25 kemenangan dan seri enam kali.

Itali akan menentang Liechtenst­ien pada perlawanan kelayakan kedua di Parma sementara Finland akan bertandang ke Armenia Selasa ini. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia