Utusan Borneo (Sarawak)

Republik Ireland meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Gibraltar PARIS, Perancis:

-

Mick McCarthy memulakan penggal kedua sebagai jurulatih Republik Ireland dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Gibraltar pada perlawanan kelayakan Euro 2020 Sabtu lepas.

McCarthy, yang pernah membimbing Ireland ke pusingan kedua Piala Dunia 2002 sebelum meletak jawatan setahun kemudian, dilantik semula sebagai jurulatih pada November tahun lepas untuk menggantik­an Martin O’Neill.

Kemenangan meletakkan Ireland di tangga ked- ua Kumpulan D, di belakang Switzerlan­d, yang menewaskan Georgia 2- 0 tetapi McCarthy tahu ada banyak yang perlu dilakukan selepas melihat pemainnya bergelut untuk mencipta kemenangan kedua dari 12 perlawanan.

Ireland kelihatan sukar untuk menembusi pertahanan Gibraltar dalam separuh masa pertama walaupun menguasai permainan, dengan Matt Doherty, seorang pemain pertahanan, diletakkan di posisi tengah untuk membolehka­n kapten pasukan, Seamus Coleman mengisi posisi pertahanan kiri.

Gibraltar hampir membuka jaringan selepas rehat tetapi tandukan kapten Gibraltar, Roy Chipolina, ditepis penjaga gol Ireland, Darren Randolph.

Ireland membuka jaringan dua minit selepas itu apabila Jeff Hendrick menjaringk­an gol antarabang­sa kedua beliau dari satu umpanan David McGoldrick.

Gibraltar enggan mengalah dan hampir mengikat kedudukan tetapi rembatan penyudah Lee Casciaro tidak menepati sasaran.

Ireland hampir menam- bah jaringan pada lewat permainan dengan tandukan Shane Duffy melambung tinggi walaupun pintu gol terbuka luas.

Pada perlawanan lain, Sweden memulakan kempen Kumpulan F dengan kemenangan 2-1 sementara Malta, yang menamatkan permainan dengan 10 pemain, menewaskan Faroe Island 2-1 pada aksi lain dari kumpulan yang sama.

Pada perlawanan awal, Switzerlan­d menewaskan Georgia 2-0 menerusi gol Steven Zuber dan Denis Zakaria. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia