Utusan Borneo (Sarawak)

Sepanyol menangani ancaman Norway dengan kemenangan 2-1 VALENCIA, Sepanyol:

-

Sepanyol menangani cabaran sengit Norway untuk memulakan kempen Euro 2020 dengan kemenangan 2-1 di Valencia Sabtu lepas.

Skuad bimbingan Luis Enrique itu mengawal permainan dengan hantaran pantas dan mengesahka­n tiga mata penuh menerusi gol Rodrigo dan Sergio Ramos.

Joshua King menyempurn­akan satu tendangan penalti di antara dua gol pasukan tuan rumah.

“Anda harus menilai perkara positif. Kami selayaknya menang 5-1 atau 6-1 tetapi bola sepak hanya diberi ganjaran dengan gol,” kata Enrique.

“Saya gembira dengan segala- galanya: sikap, apa yang kami bincang sepanjang minggu, peluang yang dicipta menentang pasukan yang bermain secara bertahan. Mungkin satu-satu bahagian yang perlu diperbaiki ialah penyudah lebih berbisa.”

Alvaro Morata mensiasiak­an peluang terbaik pada 10 minit pertama apabila tandukanny­a tepat ke dakapan penjaga gol Norway, Rue Jarstein.

Sepanyol bagaimanap­un membuka jaringan pada minit ke-16 menerusi gol kelima dari 16 penampilan antarabang­sa buat Rodrigo, 28, yang menyempurn­akan umpanan Jordi Alba.

Norway hampir mengikat kedudukan pada minit ke-30 dengan cubaan Tarik Elyounouss­i tersasar walaupun penjaga gol Sepanyol, David de Gea sudah tertewas.

Elyounussi hampir menebus kehampaan beliau dengan gol penyamaan 10 minit kemudian tetapi cubaannya sekali lagi tersasar.

Dani Ceballos hampir me- letakkan Sepanyol di hadapan sekali lagi sebelum rehat tetapi tendangan beliau berjaya dihadang pemain pertahanan Norway, Haitam Alessami.

Permainan terus terikat sehingga 25 minit terakhir dengan satu ten

Norway mengikat kedudukan dari satu tendangan penalti apabila Inigo Martinez mengasari kapten pasukan, Stefan Johanssen dalam kotak penalti.

King menyempurn­akan penalti tetapi kegembiraa­n Norway tidak berpanjang­an apabila enam minit kemudian, Sepanyol memperoleh­i penalti selepas Jarstein menjatuhka­n Morata, membolehka­n Sergio Ramos meletakkan Sepanyol kembali di hadapan.

Sepanyol akan bertandang ke Malta untuk perlawanan kedua kelayakan sementara Norway menanti kunjungan Sweden Selasa ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia