Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Negara Afrika 2019: Laluan mudah buat Cameroon, Burundi lakar sejarah JOHANNESBU­RG, Afrika Selatan:

-

Juara bertahan, Cameroon, Burundi, Guinea-Bissau dan Namibia mengesahka­n tempat ke Piala Negara Afrika 2019 Sabtu lepas dengan sejumlah 19 pasukan yang sudah mengesahka­n tempat ke temasya terbesar bola sepak Afrika itu.

Baki lima lagi slot akan diisi dengan Afrika Selatan adalah ada 11 negara yang berharap untuk menempah tiket ke kejohanan yang akan berlangsun­g di Mesir dari 21 Jun hingga 19 Julai depan.

Cameroon hanya memerlukan satu mata dari perlawanan Kumpulan B menentang Comoros di Yaounde tetapi mereka menewaskan Comoros 3-0 dengan kapten pasukan, Eric Maxim Choupo-Moting antara penjaring gol.

Burundi adalah pasukan lain yang juga memerlukan satu mata untuk mengesahka­n kelayakan dan berjaya menempah penampilan pertama pada kejohanan ini selepas seri 1-1 dengan Gabon dalam aksi Kumpulan C.

Namibia meraikan kelayakan walaupun tewas 1-4 di Zambia selepas memintas Mozambique berdasarka­n rekod pertemuan untuk layak ke kejohanan yang telah ditambah kepada 24 pasukan.

Mozambique membayangk­an kelayakan apabila mendahului 2-1 di Guinea-Bissau tetapi bolos gol penyamaan minit akhir untuk keputusan akhir 2-2.

Mesir, Algeria, Ivory Coast, Ghana, Guinea, Kenya, Mada- gascar, Mali, Mauritania, Maghribi, Nigeria, Senegal, Tunisia dan Uganda sudah mengesahka­n kelayakan sebelum perlawanan terakhir kumpulan masing- masing hujung minggu ini.

Angola menyertai mereka apabila menewaskan Botswana 1-0 untuk mengatasi Burkina Faso untuk kelayakan dari Kumpulan I.

Selepas Choupo- Mating membuka jaringan buat Cameroon, juara lima kali, pada masa rehat, Christian Bassogog dan Clinton Njie menambah jaringan dalam separuh masa kedua.

Cameroon adalah tuan rumah asal untuk kejohanan tahun ini, yang akan menjamin mereka satu tempat selaku tuan rumah tetapi oleh kerana persediaan kejohanan ketinggala­n dari jadual, Mesir dilantik sebagai penganjur tahun ini.

Cedric Amissi meletakkan Burundidi hadapan pada minit ke-75 tetapi Omar Ngandu tertolak bola ke pintu golnya sendiri untuk memberikan gol penyamaan buat Gabon, yang mencuba sedaya-upaya untuk mencari gol kedua untuk layak tetapi gagal dan tersingkir dari saingan kejohanan yang mereka anjurkan dua tahun lalu.

Mozambique bangkit dari ketinggala­n di Bissau untuk mengikat kedudukan menerusi gol Stanley Ratifo dan gol Nelson Divrassone, seminit sebelum tamat permainan kelihatan mengesahka­n kelayakan ke Mesir tetapi pemain perta- hanan Mozambique tertanduk satu tendangan sudut GuineaBiss­au ke palang gol dan bola muntah berjaya disempurna­kan Frederic Mendy.

Ia menyebabka­n Namibia berkemungk­inan pasukan kalah yang paling gembira dalam sejarah bola sepak Afrika selepas menamatkan saingan kelayakan berkongsi mata dengan Mozambique tetapi menduduki tangga teratas kerana menewaskan Mozambique pada dua perlawanan timbal-balik. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia