Utusan Borneo (Sarawak)

Faiz sedia sarung jersi skuad Harimau Malaya

Semangat pemain Selangor itu sumbang bakti kepada pasukan negara tidak akan luntur

-

KUALA LUMPUR: Pemain Selangor, Mohd Faiz Mohd Nasir bersedia untuk terus menyarung jersi skuad Harimau Malaya sekiranya dipanggil pada masa hadapan.

Bertubuh kecil dengan ketinggian 157 sentimeter ( cm), Mohd Faiz berkata semangatny­a untuk menyumbang bakti kepada pasukan negara tidak akan luntur meskipun ada yang mempertika­ikan akan saiz fizikalnya itu.

“Kalau ikutkan saiz saya yang kecil ini ramai orang tidak percaya yang saya boleh bermain untuk Malaysia. Tetapi itu bukan halangan untuk saya.

“Jika selepas ini saya dipanggil semula (bersama skuad kebangsaan), saya akan bermain,” katanya kepada pemberita selepas aksi penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Airmarine 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, Sabtu lalu.

Pada aksi itu, Mohd Faiz, 27, memperkena­lkan dirinya kepada peminat bola sepak tanah air dengan menampilka­n aksi berkualiti tinggi dalam keadaan hujan lebat untuk membantu Malaysia menewaskan Afghanista­n 2-1.

Lebih manis, jaringan pada minit ke- 43 yang menjadi gol pertamanya dalam penampilan sulung bersama skuad kebangsaan telah membangkit­kan semangat pasukan untuk berjuang memburu kemenangan sehingga wisel penamat.

Sebagai rekod, Mohd Faiz tidak diturunkan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe ketika Malaysia tewas 0-1 kepada Singapura pada aksi separuh akhir, Rabu lepas.

Dalam pada itu, mengulas mengenai jaringanny­a, Mohd Faiz dengan sifat rendah dirinya berterima kasih kepada rakan sepasukan dan barisan jurulatih di atas kepercayaa­n terhadap kemampuan dirinya.

“Memang ada sikit tekanan tetapi sebab sudah dua minggu berlatih, jadi saya boleh kawal perasaan itu dalam permainan. Gol pertama dalam aksi per- tama itu mungkin ia adalah rezeki saya,” kata anak jati Pasir Mas, Kelantan itu. — Bernama

Jika selepas ini saya dipanggil semula (bersama skuad kebangsaan), saya akan bermain. Mohd Faiz Mohd Nasir Pemain Selangor

 ??  ?? — Gambar Bernama AKSI TERBAIK: Mohd Faiz (kanan) mengasak pemain Afghanista­n Haroon Amiri (kiri) pada separuh akhir Kejohanan Piala Airmarine 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur Sabtu lepas.
— Gambar Bernama AKSI TERBAIK: Mohd Faiz (kanan) mengasak pemain Afghanista­n Haroon Amiri (kiri) pada separuh akhir Kejohanan Piala Airmarine 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia