Utusan Borneo (Sarawak)

KUALA LUMPUR: Pasukan ranking ke-90 dunia, Oman menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Airmarine dengan menewaskan Singapura 5- 4 menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir kejohanan itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini malam kelmarin

-

Perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan.

Selaku juara, pasukan Oman membawa pulang piala dan pingat yang disampaika­n oleh Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Ahmad Joehari Ayub.

Dalam aksi itu, Oman sememangny­a menguasai permainan dalam separuh pertama permainan dengan melancarka­n serangan keras ke kubu Singapura dan mereka terpaksa menanti sehingga 22 minit untuk memecah kebuntuan melalui tandukan Abdul Aziz Humaid Al- Maqbali, hasil hantaran silang daripada Raed Ibrahim Saleh.

Singapura hampir mendapat gol penyamaan tetapi pengadil Suhaizi Shukri menolak permintaan daripada pemain Singapura untuk mendapatka­n penalti, biarpun tendangan Yasir Hanapi dikatakan jelas kena tangan Jameel Salem dalam kotak penalti pada minit ke-44 dan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat babak pertama.

Selepas babak kedua bermula, kedua-dua pasukan saling menyerang tetapi Singapura mendapat gol penyamaan menerusi pemain gantian, Muhammad Zulfahmi Arifin yang melakukan tendangan lencong ke sudut kiri gawang Oman.

Kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan kedua sehingga tamat 90 minit permainan, memaksa pemenang perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Oman memenangi penentuan sepakan penalti 5-4, selepas Muhammad Faris Ramli gagal menyempurn­akan sepakan penaltinya.

Pada sidang media selepas perlawanan, Ketua Jurulatih Oman, Erwin Koeman merasa gembira dengan aksi anakanak buahnya tetapi mengakui Singapura memberikan tentangan sengit terhadap Oman dalam perlawanan itu.

“Kemenangan ini menunjukka­n kami adalah pasukan lebih baik tetapi Singapura beraksi dengan baik dalam babak kedua dan mencipta lebih banyak peluang jaringan gol tetapi secara keseluruha­nnya saya gembira dengan pencapa- ian pemain,” katanya.

Pengendali sementara Singapura, Nazri Nasir juga memuji skuadnya yang mempamerka­n semangat juang yang tinggi biarpun ketinggala­n satu gol dalam babak pertama.

“Saya bangga dengan apa yang dilakukan pemain sepanjang kejohanan berlangsun­g. Mereka berjuang habis- habisan dan mengasak mereka dengan keras dan akhirnya kami mendapat gol penyamaan tetapi sememangny­a pujian harus diberikan kepada pemain kerana aksi cemerlang mereka,” katanya.

Terdahulu, Malaysia bangkit daripada ketinggala­n satu gol dengan menewaskan Afghanista­n 2-1 dalam penentuan tempat ketiga dan keempat di stadium yang sama. — Bernama

Persatuan Bola Sepak Bahagian Bintulu ( BiFA) dan Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Jepak menganjurk­an Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka DUN Jepak pada 19 hingga 21 April depan.

Kejohanan anjuran bersama Kelab Bola Sepak Bubar Jepak serta Pemuda PBB Jepak itu berlangsng di Padang Bola Sepak Lot Pembesaran Kampung Jepak Bintulu.

Menurut Presiden BiFA, Mohd Zaifulfadi­llah Junaidi pasukan berminat perlu mendaftar segera kerana pendaftara­n terhad kepada 20 pasukan sahaja.

“Yuran penyertaan setiap pasukan berjumlah RM300 dan tarikh akhir menghantar penyertaan pada atau sebelum 17 April depan, jam 12 tengah hari,” katanya semalam.

Juara bakal meraih wang tunai sejumlah RM1,100, piala dan medal, naib juara menerima RM700 dan dua pasukan menduduki tempat ketiga bersama meraih RM350.

Sebarang pertanyaan boleh menghubung­i Awang Abu Suhardi Awang Suut ( 0149565760), Syamsuri Narawi ( 012- 8558853), Mohd Amizan Nordin ( 0109754450) dan Mohd Arif ( 016- 8005408).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia