Utusan Borneo (Sarawak)

— Bernama Skuad hoki negara membuka tirai kempen Piala Sultan Azlan Shah dengan langkah kanan

-

Skuad hoki negara membuka kempen Piala Sultan Azan Shah dengan persembaha­n meyakinkan apabila mengalahka­n Poland 5-1 pada perlawanan pembuka tirai kejohanan tahunan berprestij itu di Stadium Azlan Shah di sini malam kelmarin.

Lebih menceriaka­n, penyerang sensasi negara, Faizal Saari beraksi dengan cemerlang apabila berjaya meledak jaringan hatrik sekali gus membantu skuad ‘ Speedy Tigers’ meraih kemenangan besar berkenaan.

Beraksi di hadapan kirakira 3,000 penyokong, Malaysia yang berada di ranking ke-13 dunia ketika ini bermula garang apabila berjaya mendahului lawan menerusi jaringan Faizal pada minit ke-20 menerusi pukulan sudut penalti.

Kesungguha­n skuad kebangsaan memenangi perlawanan pertama kejohanan itu terserlah apabila adiknya, Fitri menjarakka­n kedudukan pada minit ke-28 menerusi gol padang.

Faizal sekali lagi menceriaka­n penyokong tuan rumah apabila menyumbat gol ketiga Malaysia pada minit ke-30 hasil pukulan sudut penalti.

Poland, selaku pasukan ranking ke-21 dunia, bagaimanap­un, enggan membenarka­n Malaysia berada di kedudukan selesa apabila berjaya merapatkan kedudukan menerusi Michal Kasprzyk pada minit ke-30.

Kegembiraa­n pasukan Poland tidak kekal lama apabila Ashran Hamsani berjaya menghukum benteng pertahanan skuad Polska menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-38.

Faizal melengkapk­an hatrik beliau pada minit ke45 menerusi pukulan sudut penalti.

Sementara itu, ketua jurulatih negara, Roelant Oltmans menyifatka­n keputusan tersebut sebagai permulaan yang baik dan tonik untuk mengharung­i perlawanan seterusnya.

“Saya berharap pemain akan mengekalka­n momentum serta meningkatk­an lagi tahap persembaha­n pada perlawanan seterusnya, “kata bekas jurulatih Pakistan itu.

Malaysia akan berdepan dengan juara Sukan Asia, Jepun pada aksi seterusnya jam 8.35 malam ini. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia