Utusan Borneo (Sarawak)

Letupan ragut nyawa lapan kanak-kanak di Sudan KHARTOUM:

-

Lapan kanakkanak terkorban kelmarin di bandar Omdurman di Sudan semasa satu objek tidak dikenal pasti yang mereka telah temui meletup, seorang jurucakap polis memberitah­u AFP.

Tujuh kanak-kanak telah terkorban di tempat kejadian sementara mangsa yang kelapan meninggal dunia akibat kecederaan di sebuah hospital, menurut Jeneral Hashim Abdelrahim.

Beliau menyatakan kanakkanak tersebut, yang dikatakan sebagai mencari besi buruk, yang akan dijual kemudianny­a, bertemu dengan satu “objek ganjil” yang “meletup” semasa mereka memegangny­a.

Kawasan di mana insiden berlaku di utara Omdurman menempatka­n sebuah fasiliti tentera beberapa tahun lepas.

Media negara Sudan mengesahka­n bahawa lapan kanakkanak telah meninggal dunia dalam satu letupan. Ia tidak memberikan maklumat lanjut.

Abdelrahim menyatakan pihak polis sedang menyiasat insiden berkenaan.

Ramai kanak-kanak yang sepatutnya bersekolah sering melakukan kerja kasar bagi memperoleh­i pendapatan untuk kehidupan dalam satu krisis ekonomi yang bertambah teruk dengan harga makanan yang ketara meningkat.

Krisis ekonomi telah mencetuska­n bantahan di seluruh negara selama lebih dari tiga bulan membantah pemerintah­an Presiden Omar alBashir.

Bashir telah terus bersikap ingkar, dan melaksanak­an satu perintah darurat negara pada 22 Februari bagi meleraikan tunjuk perasaan yang dilihat sebagai cabaran paling besar terhadap pemerintah­an beliau selama tiga dekad. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia