Utusan Borneo (Sarawak)

Australia dilanda puting beliung kuat dalam dua hari Siklon Veronica hasilkan tiupan angin sehingga 200 kilometer sejam SYDNEY: Satu puting beliung kategori 3 yang teruk bertiup ke arah wilayah perlombong­an utama Pilbara di Australia Barat semalam, memaks

-

Siklon Veronica menjadi lemah dari ribut kategori 4 sebelum angin utamanya membadai pantai berhampira­n pusat perlombong­an Port Hedland, namun pihak berkuasa memberikan amaran bahawa sistem sedang bergerak perlahan dan akan terus membadai wilayah dengan angin kuat dan hujan lebat selama 24 hingga 48 jam.

Biro Meteorolog­i menyatakan pergerakan ke depan Veronica telah terhenti sekitar waktu tengah hari semalam sebelum bahagian utamanya melanda, dan telah diramalkan akan menjadi lemah sehingga ribut kategori 1 semalaman dan kemudian bergerak ke barat di sepanjang persisiran pantai.

Ia menyatakan ribut “teruk” telah menghasilk­an tiupan angin sehingga 200 kilometer sejam, mendesak satu peningkata­n ribut sehingga dua meter ke arah pantai.

Penurunan hujan telah dijangkaka­n akan mencecah 2040 sentimeter, jelasnya.

“Air pasang kemungkina­n akan naik dengan ketara di atas paras air pasang biasa dengan ombak kuat dan kebanjiran pantai yang sangat berbahaya,” kata biro berkenaan.

Beberapa syarikat perlombong­an dan tenaga utama telah mengambil langkah berjagajag­a di seluruh wilayah, sebuah hab bagi pengekspor­tan bijih besi dan gas cecair semula jadi, dengan pelabuhan yang kosong dari kapal-kapal serta kakitangan yang tidak penting telah dipindahka­n, menurut laman sesawang australian­minining. com.au.

Pantai barat Australia biasanya melihat tiga atau empat siklon setiap tahun dan perkhidmat­an kecemasan menyatakan penduduk telah bersedia sepenuhnya bagi kemunculan ribut ini.

Sementara itu, Siklon Trevor, yang melanda bahagian utara Australia kelmarin sebagai ribut kategori 4 yang kuat, menurun kepada satu ribut tropika semalaman ketika ia bergerak di wilayah yang kurang penduduk.

Pihak berkuasa menyatakan tiada kematian, kecederaan atau kerosakan yang ketara telah dilaporkan akibat ribut, namun hujan lebat masih berterusan dan banjir masih dianggap satu bahaya.

Pihak tentera dan polis telah memindahka­n lebih dari 2,000 penduduk dari luar dalam laluan Trevor, ramai daripada mereka adalah komuniti penduduk asli, dan orang ramai mulai pulang semula ke rumah masing-masing semalam, kata polis. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia