Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah kematian akibat letupan loji kimia di timur China meningkat 64 orang XIANGSHUI (Jiangsu):

-

Jumlah korban letupan di sebuah loji kimia di wilayah Jiangsu, timur China meningkat kepada 64 orang, lapor agensi berita Xinhua.

“Seorang mangsa berjaya diselamatk­an pada Sabtu pagi, bagaimanap­un 28 lagi masih hilang. Sebanyak 26 mayat telah dikenal pasti,” kata Datuk Bandar Yancheng, Cao Lubao pada sidang akhbar.

Beliau berkata kemungkina­n mangsa dilaporkan masih hilang ada di antara mereka termasuk dalam senarai 38 mayat yang belum dikenal pasti.

Kejadian turut menyaksika­n 94 cedera dengan 21 daripadany­a kritikal.

Letupan kira- kira 2.48 petang Khamis itu dicetuskan oleh kebakaran di sebuah loji milik Jiangsu Tianjiayi Chemical Co Ltd, di taman perindustr­ian kimia di daerah Xiangshui, di bandar Yancheng.

Ribuan anggota bomba, petugas kesihatan, ratusan ambulans dan jentera bomba terbabit dalam operasi menyelamat.

Sejumlah 16 hospital di Yancheng setakat ini menerima 617 mangsa.

Menurut pihak berkuasa tempatan, semua bacaan sistem pemantauan alam sekitar didapati normal dan air minuman juga tidak terjejas.

Sebanyak 89 rumah di kawasan berhampira­n dilaporkan mengalami kerosakan teruk.

Usaha membaiki pintu di 10 sekolah yang turut alami kerosakan sedang dijalankan, bagi memastikan sekolah dapat dibuka seperti biasa Isnin nanti. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia