Utusan Borneo (Sarawak)

107 pendatang Amerika Tengah ditahan polis Mexico KOTA MEXICO:

-

Pihak polis dan pegawai persekutua­n Mexico kelmarin telah menahan 107 pendatang Amerika Tengah yang cuba untuk memasuki Amerika Syarikat di bandar sempadan Reynosa, menurut kerajaan di wilayah timur laut Tamaulipas.

Berdasarka­n dari satu maklumat yang diterima, polis negeri telah menghalang sekumpulan pendatang yang telah dibawa keluar dari beberapa trak di satu bahagian barat di bandar tersebut, yang terletak di seberang sempadan dari McAllen, Texas.

Di tempat kejadian, lelaki bersenjata tidak dikenali mula melepaskan tembakan ke arah polis, dan salah seorang dari penyerang telah terkorban dalam kejadian berbalas tembakan, menurut kerajaan Tamaulipas dalam satu kenyataan.

Kenyataan menyatakan pihak polis telah merampas senjata api dan kartrij namun tidak memberikan maklumat mengenai sama ada mana-mana lelaki bersenjata yang telah ditangkap atau siapakah mereka.

Dalam kejadian berasingan, pihak polis menemui sekumpulan lelaki dan wanita Amerika Tengah di hujung sebatang lebuh raya di Reynosa. Mereka telah memaklumka­n pegawai migrasi persekutua­n, yang sekarang sedang meneliti status perundanga­n bagi rakyat Amerika Tengah yang ditahan, kata pihak kerajaan.

Institut Migrasi Negara mengira seramai 51 rakyat Guatemala, 47 dari Honduras dan 9 dari Salvador yang telah ditahan, tambahnya lagi.

Kerajaan baharu Mexico telah berjanji akan mengawal dan bertegas bagi pengaliran orang yang berpindah dari Amerika Tengah ke sempadan utara ketika ia cuba untuk mengurangk­an ketegangan dengan Presiden AS Donald Trump bagi pendatang haram ke Amerika Syarikat. — Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia