Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga enjin kapal persiaran rosak dihidupkan semula

-

Sebuah kapal persiaran yang mengalami kerosakan ketika laut bergelora di luar pantai Norway dengan kirakira 1,300 penumpang dan kru di dalamnya telah menghidupk­an semula tiga dari empat enjinnya serta akan ditunda ke pelabuhan, menurut perkhidmat­an kecemasan semalam.

“Tiga dari empat enjinnya sekarang berfungsi yang bermakna bot itu sekarang boleh bergerak dengan sendiri,” jurucakap kakitangan kecemasan Per Fjeld berkata.

Kapal ‘Viking Sky’ kehi- langan tenaganya dan mula terapung pada tengah hari kelmarin kira-kira dua kilometer di luar More og Romsdal di kawasan laut berbahaya dan ombak besar, mendesak kaptennya untuk menghantar satu panggilan kecemasan dan membawa kepada operasi pengangkut­an udara secara beramai-ramai.

Penyelamat­an melalui udara telah berterusan pada awal pagi, kata Fjeld.

Pihak polis menyatakan 338 daripada 1,373 orang di dalam kapal Viking Sky telah dibawa setakat ini oleh helikopter.

Kapal itu sedang bergerak perlahan dengan kelajuan dua hingga tiga knot sejam dari pantai berbatu dan berbahaya serta sebuah kapal tunda akan membantu ia menuju ke pelabuhan Molde, kirakira 500 kilometer barat laut Oslo,kata pihak berkuasa.

Pihak polis menyatakan bahawa 17 orang telah dibawa ke hospital.

Para penumpang kebanyakan­nya rakyat British atau Amerika, tambah mereka lagi. — AFP

Kepulan asap tebal yang berkumpul di ruang udara kelmarin ketika satu kebakaran berlaku di istana lama presiden Sudan di bandar utama Khartoum, lapor pihak pejabat presiden dan seorang wartawan AFP.

Pihak polis telah menutup jalan raya menuju ke istana, dibina pada 1832 di tebing Nil Biru, ketika asap yang berkepul-kepul keluar dari bangunan berkenaan.

Kebakaran berlaku disebabkan oleh litar pintas di beberapa pejabat di tingkat dua istana tersebut, kata pihak pejabat presiden.

“Kebanyakan pejabat di istana republikan lama adalah tidak digunakan... kebakaran telah berjaya dikawal sekarang,” Mohamed Saleh, seorang pegawai di pejabat presiden menyatakan dalam satu kenyataan.

Beliau tidak menyatakan sama ada terdapat sebarang kematian.

Istana tersebut adalah kerusi rasmi bagi kerajaan Sudan sejak beberapa dekad selepas kemerdekaa­n negara pada 1956.

Namun sejak beberapa tahun ini, Presiden Omar al- Bashir telah berpindah ke sebuah istana baru dari mana beliau menguruska­n hal ehwal harian dalam pentadbira­nnya.

Pemimpin berusia 75 tahun itu berdepan dengan satu gelombang bagi bantahan kemarahan menentang pemerintah­an kuku besi beliau selama tiga dekad, dengan para penunjuk perasaan meminta beliau agar meletakkan jawatan. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia