Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Thailand berbondong-bondong ke stesen mengundi Rakyat tidak mahu lepas peluang laksanakan hak mereka dalam pilihan raya pertama negara sejak rampasan kuasa tentera BANGKOK: Dengan penuh semangat dan keterujaan ribuan orang berpusu-pusu ke stesen me

-

Rakyat Thailand berbondong-bondong ke lebih 93,200 stesen mengundi di 77 provinsi in negara gajah putih itu sebelum ia dibuka pada 8 pagi ( waktu tempatan) dengan harapan “suara mereka didengari dalam bentuk undi.”

Lebih 51 juta pengundi dijangka mengundi bagi memilih 500 wakil ke Dewan Perwakilan, di mana 350 deripada mereka dipilih secara langsung menerusi pulihan raya kawasan, manakala 150 akan dilantik menerusi senarai perwakilan parti.

Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-o-cha menyertai beribu-ribu rakyat Thailand mengundi di Soi Pradipat 5, Daerah Thai Phaya di sini pada 8.30 pagi (waktu tempatan).

Prayuth, yang dikenali dengan nama samarannya ‘Uncle Tu’ adalah calon perdana menteri untuk Parti Palang Pracharat berkata, “Saya sangat teruja untuk rakyat (untuk membuang undi).

“Saya berharap semua orang akan keluar mengundi. Saya gembira rakyat kini lebih bersemanga­t untuk mengundi,” katanya kepada media setelah membuang undi.

Sementara Raja Maha Vajiralong­korn dalam titah diraja pada Jumaat malam menyeru rakyat supaya menyokong “orang yang baik untuk memimpin dan halang mereka yang jahat daripada mendapat kuasa dan menimbulkl­an kekacauan.”

Baginda berharap semua warga serta pegawai kerajaan termasuk penjawat awam, anggota tentera dan polis memastikan keselamata­n negara dan kemakmuran rakyat.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (EC) menjangkak­an kehadiran pengundi yang tinggi dalam pilihan raya yang dinantinan­tikan di negara itu.

Terdapat 11,181 calon kawasan pilihan raya dan 2,917 calon senarai parti daripada 82 parti politik mengambil bahagian dalam pilihan raya itu.

Semua stesen mengundi akan ditutup pada 5 petang sebelum bermulanya proses pengiraan undi

Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui seawal 7 malam (waktu tempatan).

Parti yang baharu ditubuhkan dan projunta, Parti Palang Pracharat bertanding di 350 kerusi kawasan dan 120 kerusi senarai parti manakala Parti Demokrat (350 kerusi dan 150 senarai parti) Pheu Thai (250 kerusi dan 97 senarai parti), Parti Future Forward (350 kerusi dan 124 senarai parti).

Ahad lepas, 86.98 peratus daripada 2.6 juta pengundi awal menunaikan tanggungja­wab mereka. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia