Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki tikam paderi di gereja Kanada ketika misa didakwa MONTREAL:

-

Seorang lelaki yang dikatakan menikam seorang paderi di depan kongregasi beliau secara langsung di dalam televisyen semasa misa di gereja paling besar di Kanada telah didakwa kelmarin dengan tuduhan cubaan membunuh dan menyerang dengan sejenis senjata.

Vlad Cristian Eremia, 26, muncul sekejap melalui pautan video di sebuah mahkamah Montreal pada tengah hari kelmarin, mempunyai janggut dan memakai baju berkotakko­tak.

Dia akan terus ditahan, dengan perbicaraa­n seterusnya pada Isnin.

Suspek telah dituduh menyerang Claude Grou, paderi berusia 77 tahun di St Joseph’s Oratory di Montreal semasa misa pagi Jumaat.

Grou telah ditinggalk­an dalam keadaan mengalami kecederaan ringan, dalam satu serangan yang berlaku di depan 60 kariah yang ketakutan termasuk penonton bagi sebuah stesen televisyen Katolik yang menyiarkan misa itu secara langsung.

Polis telah menyatakan serangan sebagai satu insiden terpencil dilakukan oleh seorang lelaki yang dikenali oleh pihak berkuasa, walaupun motifnya masih belum jelas.

Grou telah dibenarkan keluar dari hospital pada Jumaat lepas akan berehat selama beberapa hari sebelum meneruskan tugas beliau, kata pihak gereja dalam satu kenyataan kelmarin, sambil menambah bahawa kecederaan beliau adalah “superfisia­l.”

“Kesihatan saya adalah baik dan saya mampu untuk mengawal emosi saya,” kata Grou dalam satu pesanan mengucapka­n terima kasih kepada orang ramai bagi sokongan mereka.

“St Joseph’s Oratory masih lagi sebuah tempat yang menerima, untuk berdoa dan bagi ketenangan seperti yang ia telah lakukan selama lebih dari 100 tahun,” tambah beliau.

Sebagai satu langkah berjaga-jaga, kawalan keselamata­n akan diperketat­kan dalam masa beberapa minggu akan datang di Oratory, menurut seorang jurucakap bagi pihak gereja.

Dianggap sebagai tempat ibadat paling besar di dunia dikhaskan untuk St Joseph, gereja tersebut menerima kira-kira dua juta pengunjung dalam setahun.

Terletak di kaki bukit, ia menawarkan satu pemandanga­n yang menarik bagi Montreal. Ia telah ditubuhkan pada 1904 oleh Andre Bessette, yang telah diisytihar­kan oleh Pope Benedict XVI pada 2010. — AFP

Beberapa pelawat telah lari bertempiar­an bagi mencari tempat yang selamat di Disneyland Paris kelmarin ketika mereka tersilap anggap bunyi bising dari sebuah lif atau eskalator yang rosak dengan bunyi tembakan senjata, menurut beberapa pegawai dan saksi.

“Terdapat satu kejadian rempuhan disebabkan oleh satu bunyi, kemungkina­n berpunca dari sebuah lif atau eskalator,” menurut seorang pegawai yang meminta namanya dirahsiaka­n.

“Terdapat keadaan yang sangat panik,” seorang saksi, yang memperkena­lkan dirinya sebagai Alexia, memberitah­u AFP.

“Semua orang memikirkan ia sebagai satu serangan. Selepas beberapa minit kemudian mereka meminta kami keluar melalui pintu belakang. Terdapat anggota polis di mana-mana.”

“Amaran palsu, pasukan keselamata­n mengesahka­n terdapat tiada ancaman,” menurut pihak kementeria­n dalam negeri Perancis dalam kenyataan Twitter.

Kompleks taman tema itu terletak 30 kilometer di timur Paris merupakan salah satu dari destinasi pelancong persendiri­an yang sering dikunjungi di Eropah. — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia