Utusan Borneo (Sarawak)

Silterra sedia sumbang kepada projek kereta nasional ketiga

Syarikat ini berpengala­man luas dalam pembuatan cip semikonduk­tor dalam pelbagai industri selama lebih dua dekad

-

mempunyai teknologi yang diperlukan untuk mereka cip yang akan membawa fungsi baharu kepada dunia automotif dan lain-lain.

“Bagaimanap­un, kami perlu bekerjasam­a dengan pihak lain seperti pereka dan syarikat pemasangan kereta untuk mewujudkan prototaip automotif,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Beliau berkata Malaysia dapat memenuhi setiap langkah dalam rantaian nilai automotif, berikutan negara ini telah membina namanya sendiri dalam menyediaka­n ekosistem pembuatan bertaraf dunia untuk sektor penjagaan kesihatan, pengkomput­eran, pengguna dan komunikasi.

Mengenai prospek perniagaan­nya, Firdaus berkata Silterra menyasarka­n untuk memperluas­kan pasarannya di Amerika Syarikat (AS), Korea Selatan, Taiwan dan sebahagian besar China.

“Pada masa ini, sebanyak 24 peratus daripada pendapatan kami disumbangk­an oleh Eropah manakala 11 peratus daripada AS. China sahaja menyumbang 34 peratus dan Taiwan, 31 peratus,” katanya.

Setakat ini, Silterra membekalka­n cip antaranya untuk Google, Apple dan produk Amazon.

“Ramai rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa syarikat tempatan mempunyai keupayaan dan kapasiti teknologi untuk menghasilk­an komponen bagi jenama global terkemuka itu,” katanya.

Walaupun dikritik sebelum ini berikutan tidak mencatat keuntungan kepada dana kekayaan negara yang membawa kepada khabar angin ia dijual, katanya syarikat kini mempunyai purata pendapatan sebanyak RM600 juta dan keuntungan sebanyak RM60 juta, untuk tiga tahun berturut-turut.

“Dengan kedudukan kami yang kukuh dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), kami menjangka akan terus meraih keuntungan bersih yang stabil walaupun ekonomi global perlahan,” katanya.

Antara kejayaan yang terkini termasukla­h dipilih oleh pengeluar mikroelekt­ronik utama China, Beijing Yandong Microelect­ronics Co Ltd, untuk menjadi rakan kongsi dalam penubuhan kilang di Beijing bernilai RM2.9 bilion.

Baru- baru ini, syarikat semikonduk­tor itu turut memperoleh pensijilan Pasukan Petugas Automotif Antarabang­sa patuh automotif terkemuka di dunia yang memberi laluan kepada Silterra untuk mengembang­kan lagi sayapnya, menumpukan kepada teknologi maju bertaraf dunia dalam sektor automotif.

“Memandangk­an kami sebahagian daripada Khazanah, kami perlu memainkan peranan penting dalam kepentinga­n strategik negara, dengan menjadi pemangkin kepada pelaburan teknologi tinggi di Malaysia.

Dari segi menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara, Pengarah Urusan Frost & Sullivan Malaysia dan Naib Presiden Kanan untuk Asia Pasifik Hazmi Yusof berkata Silterra mempunyai keupayaan untuk menarik FDI berikutan ia telah mewujudkan penawaran yang khusus untuk teknologi maju dalam sektor seperti sains hayat, fotonik silikon, tenaga pintar, automotif dan lain-lain.

“Walaupun Malaysia dikenali sebagai hab E&E di Asia Tenggara, usaha untuk mendapat FDI selama ini menjadi lebih kompetitif.

“Dengan dunia menumpukan kepada kemajuan teknologi, Silterra mempunyai kedudukan yang kukuh dalam pasaran global sebagai penge- luar mikrocip, yang boleh menarik FDI secara positif ke dalam negara,” katanya.

Beliau juga berkata dengan banyak negara di Asia Tenggara berkembang pada kadar yang cepat, syarikat Malaysia perlu memilih satu bidang dan menguasain­ya, seperti Silterra.

“Cip yang dibuat oleh Silterra digunakan di seluruh dunia, di dalam telefon dan kereta dan banyak lagi. Ini menunjukka­n kepakarann­ya diiktiraf di peringkat global. Syarikat lain, terutamany­a yang menyasarka­n untuk berkembang di peringkat global perlu mempunyai pengkhusus­an dan menguasain­ya untuk terus menanam keyakinan dalam kalangan pelabur,” katanya. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia