Utusan Borneo (Sarawak)

Dana asing adalah pembeli bersih, aliran masuk bersih RM90.2j dalam ekuiti Malaysia KUALA LUMPUR:

-

Dana asing merupakan pembeli bersih dengan bursa tempatan mencatatka­n jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM90.2 juta antara 18 Mac dan 21 Mac berbanding jumlah aliran keluar bersih sebanyak RM472.2 juta dicatatkan dalam tempoh sama pada minggu sebelumnya.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata purata nisbah penyertaan dana asing antara 18 Mac dan 24 Mac sebanyak 26.8 peratus berbanding 24.7 peratus antara 11 Mac dan 14 Mac.

“Ia tidak jelas sebab dana institusi asing mengumpul ekuiti Malaysia secara berperingk­at berikutan penurunan dalam FBM KLCI agak berbeza berbanding dengan indeks serantau,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata pasaran sedang pesat membangun mencatat prestasi yang baik pada minggu ini berikutan kenyataan yang dikeluarka­n oleh Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n AS pada Rabu yang menunjukka­n Rizab Persekutua­n AS dijangka mengekalka­n kadar faedahnya dan dijangka akan cenderung kepada mengurangk­an Kadar Dana Fed pada masa akan datang.

“Ini berikutan semakan semula Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) 2019 dan 2020 daripada 2.3 peratus dan 2.0 peratus dibuat pada Disember 2018, masing-masing kepada 2.1 peratus dan 1.9 peratus.

“Kemungkina­n, nilai- nilai menjadi jelas yang akan menarik pelabur institusi asing untuk membeli saham Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelidik­an Inter- Pacific Securities Sdn Bhd Pong Teng Siew menjangka dana asing akan mengekalka­n kedudukan pembeli bersih mereka sekurang-kurangnya untuk sebulan lagi, walaupun, tidak agresif.

Bersependa­pat dengan Mohd Afzanizam, Pong berkata pendirian Rizab Persekutua­n AS untuk mengekalka­n kadar faedah tidak berubah dijangka menjadi antara sebab untuk dana asing memutuskan untuk mengubah kedudukan mereka pada minggu ini, selepas menjadi penjual bersih sebelum ini.

“Apabila mereka berhenti menaikkan kadar, ini akan mengukuhka­n mata wang pasaran sedang pesat membangun. Kita mula melihat ringgit naik.

“Kami menjangka beberapa dana akan mengambil peluang daripada mata wang pasaran sedang pesat membangun (akan meningkat),” katanya.

Pada Jumaat, ringgit be- rada pada 4.0600/ 0650 berbanding dolar AS daripada 4.0890/0940 dicatatkan pada Jumaat lepas manakala petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI ditutup pada 1,666.66 berbanding 1,680.54 minggu lepas.

Mengenai masa depan, Mohd Afzanizam berkata pasaran dapat menjangka tahap ketidakten­tuan yang tinggi berikutan perjanjian Brexit yang rumit.

Ahli Parlimen Britain dijangka mengundi mengenai Brexit pada 29 Mac.

“Ini amat penting kepada Perdana Menteri Britain Theresa May yang berharap mendapat lanjutan kepada tarikh akhir Brexit. Ahli Parlimen UK perlu menunjukka­n kesungguha­n mereka untuk membolehka­n peralihan yang lancar selepas keluar daripada Kesatuan Eropah,” kata Mohd Afzanizam.

Di peringkat tempatan, Bank Negara Malaysia dijangka mengumumka­n laporan tahunan 2018 pada 27 Mac dan pelabur akan meneliti unjuran pertumbuha­n ekonomi dan pendirian dasar monetari pada taklimat penganalis­is yang dijadualka­n pada hari yang sama.

Antara perkembang­an utama pada minggu ini ialah edisi ke- 15 Invest Malaysia, forum pasaran modal dianjurkan secara bersama oleh Bursa Malaysia Bhd dan Malayan Banking Bhd.

Pada acara itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan banyak membuang masa dalam tahun pertamanya untuk menyelesai­kan pelbagai masalah besar yang ditimbulka­n oleh 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Dr Mahathir, yang juga pengerusi PH berkata, dalam tempoh sepuluh bulan pentadbira­nnya, kerajaan menyedari sepenuhnya perasaan rakyat.

Dari segi korporat, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa bank untuk lebih fleksibel dalam memberi pinjaman, berikutan aduan mengenai akses yang ketat kepada pinjaman kepada pelabur tempatan.

Sementara itu, Khazanah Nasional Bhd berkata ia komited untuk menyuntik dana kepada syarikat penerbanga­n nasional, Malaysia Airlines Bhd, walaupun terdapat saranan baru- baru ini untuk menutupnya.

Bagaimanap­un, Pengarah Urusan Khazanah Datuk Shahril Ridza Ridzuan enggan mendedahka­n jumlah yang telah dikeluarka­n setakat ini.

Pada awal tahun lepas, dana kekayaan negara itu dilaporkan telah mengeluark­an 70 peratus atau RM4.4 bilion kepada syarikat penerbanga­n nasional itu. — Bernama

CIMB Bank Bhd (CIMB) diumumkan sebagai ‘Bank Digital Terbaik Malaysia 2018’ dan ‘Bank Runcit Terbaik di Malaysia’ untuk tahun ketiga berturuttu­rut di Anugerah Kecemerlan­gan Antarabang­sa dalam Perkhidmat­an Kewangan Runcit 2019 oleh The Asian Banker, baru-baru ini.

Pada majlis sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna CIMB Group Samir Gupta turut dinobatkan sebagai ‘Retail Banker of the Year in Asia Pacific 2019’, mengiktira­f pencapaian­nya sebagai pemimpin terbaik dalam industri perbankan runcit di rantau ini.

CIMB, kumpulan perbankan kelima terbesar di ASEAN, berkata ia kini disenaraik­an sebagai antara 10 bank utama di Asia Pasifik dalam jadual liga The Asian Banker, daripada kedudukan ke-17 sebelum ini.

Bank itu turut memenangi gelaran ‘ Asia’s Leader in Loans’ di Internatio­nal Data Corporatio­n (IDC) Financial Insights Innovation Awards 2019, bagi inovatif perbankan penggunany­a CIMB 1-Minute Financing InstaAppro­val, yang diiktiraf atas tindak balasnya kepada keperluan pasaran, keberkesan­an penggunaan, tindak balas pasaran dan daya maju perniagaan jangka panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata anugerah ini membuktika­n sejauh mana kumpulan itu telah berusaha untuk menawarkan produk perbankan digital yang baik dengan lancar kepada pelanggan runcitnya melalui analisis data pintar dan kecerdasan buatan.

“Francais perbankan pengguna kami yang berkembang maju di ASEAN hari ini adalah hasil daripada inisiatif kami untuk membangunk­an CIMB sebagai sebuah bank sejagat.

“Anugerah ini akan memacu kami ke hadapan untuk meningkatk­an tumpuan kami kepada pelanggan, iaitu antara lima tonggak yang dikenal pasti dalam pelan pertumbuha­n jangka sederhana CIMB yang akan datang, Forward23,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia