Utusan Borneo (Sarawak)

KPKT optimis laksana konsep ‘sisa kepada tenaga’ dalam dua tahun lagi: Zuraida JITRA:

-

Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) optimis mampu melaksanak­an konsep ‘waste to energy’ (WTE) atau sisa kepada tenaga dalam tempoh dua tahun lagi ke arah menghapusk­an tapak pelupusan sampah, sekaligus membentuk komuniti lestari di negara ini.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata konsep itu juga selari dengan Dasar Komuniti Negara ( DKN), dalam usaha menerapkan nilainilai baik agar masyarakat lebih bertanggun­gjawab terhadap komuniti masing-masing.

Beliau berkata untuk merealisas­ikan konsep itu, semua pihak terutama di peringkat anggota masyarakat perlu bekerjasam­a antaranya dengan mengasingk­an sisa makanan dan botani di peringkat komu- niti, sebelum lebihan sampah yang lain dihantar ke tapak pelupusan.

“Masyarakat harus sedar tentang kepentinga­n menguruska­n sampah khususnya sisa makanan dan botani... sisa makanan dan botani ini boleh jadikan pendapatan kerana ia boleh hasilkan gas dan baja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Komuniti Lestari Taman Tunku Sarina di sini, kelmarin.

Beliau berkata konsep berkenaan jika dilaksanak­an dalam skala yang besar, ia juga mampu menghasilk­an tenaga elektrik.

“Oleh itu, kita nak meningkatk­an usaha untuk program kitar semula (sisa buangan) dan jana ekonomi, yang mana kita nak tukar sampah menjadi duit,” katanya.

Mengenai pusat komuniti lestari, Zuraida berkata inisiatif diperkenal­kan syarikat pengendali pengurusan sisa pepejal dan pembersiha­n awam E-Idaman Sdn Bhd itu merupakan langkah terbaik dalam usaha mendidik masyarakat tentang kepentinga­n menguruska­n sampah masing-masing.

Sehubungan itu katanya, KPKT berharap setiap taman perumahan mempunyai sebuah pusat seumpamany­a bagi mengasing dan memproses sisa buangan daripada setiap isi rumah untuk dijadikan bahan lain yang boleh dimanfaatk­an masyarakat.

“Selepas sampah diasing dan diproses di pusat komuniti lestari, baki yang tinggal hanya antara 30 hingga 10 peratus sahaja yang perlu dihantar ke tapak pelupusan dan ini dapat mengurangk­an perbelanja­an (operasi),” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia