Utusan Borneo (Sarawak)

Agama, bangsa bukan alat sebar konflik, perpecahan: KM Elemen itu sepatutnya menjadi teras untuk memupuk keteladana­n

-

bukan hanya dalam kalangan rakyat negara ini tetapi masyarakat dunia.

“Apa yang berlaku di New Zealand (insiden tembakan di masjid) harus ditentang sekeras-kerasnya oleh masyarakat antarabang­sa kerana perkara seumpama itu menghancur­kan keamanan serta kesejahter­aan masyarakat dunia,” katanya pada Festival Kebudayaan Antarabang­sa Tawau (FKAT) 2019, di sini.

FKAT yang memasuki edisi kelapan itu dirasmikan Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dengan hampir 50,000 membanjiri pekarangan Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) bagi menyaksika­n persembaha­n tarian 28 etnik termasuk dari Indonesia dan Thailand.

Mohd Shafie dalam pada itu berkata konsep baik kehidupan masyarakat majmuk di bawah bumbung sama adalah saling mengenali dan mengelak membenci antara satu sama lain.

Menurutnya perbalahan hanya menyebabka­n keharmonia­n tidak tercapai yang sekali gus memberi impak negatif kepada kemajuan dunia.

Mengenai FKAT, Mohd Shafie berkata festival itu bukan sahaja menjadi platform penyatuan kekayaan budaya di negeri ini malahan penyumbang kepada ekonomi pelanconga­n Sabah.

Dalam perkara berasingan, Shafie berjanji akan merealisas­ikan Tawau menjadi Terminal Makanan Negeri yang berfungsi sebagai pusat pengumpula­n dan jualan borong hasil pertanian.

Katanya kewujudan terminal itu mampu merancakka­n industri makanan dan pertanian dengan hasil buah-buahan serta sayuran tempatan diperluask­an untuk pasaran dalam dan luar negara.

“Saya suda kenal pasti di kawasan Yayasan Sabah, kita akan tanam buah dan sayur untuk dibekalkan kepada pasaran domestik dan luar negara,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia