Utusan Borneo (Sarawak)

Kadamaian terima peruntukan RM5.65 juta untuk tiga bulan pertama 2019 KOTA BELUD:

-

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick berkata, kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Kadamaian telah menerima peruntukan bernilai RM5.65 juta bagi tempoh tiga bulan pertama tahun 2019 untuk melaksanak­an pelbagai projek pembanguna­n kecil di seluruh DUN Kadamaian.

Beliau berkata peruntukan itu adalah daripada peruntukan khas ADUN, peruntukan khas beliau selaku Menteri, peruntukan KPLB Sabah dan Persekutua­n serta peruntukan khas Ketua Menteri untuk manfaat semua penduduk Kadamaian.

“Terdapat projek kecil yang sudah mulai dilaksanak­an dan kelulusan-kelulusan serta proses perolehan bagi kebanyakan projek itu sedang diproses untuk dilaksanak­an tahun ini. Jumlah ini yang kita perolehi melalui inisiatif saya selaku Wakil Rakyat Kadamaian.

“Saya pasti ada juga peruntukan lain yang diusahakan oleh Ahli Parlimen dan pelbagai kementeria­n lain yang tidak melalui saya tetapi akan dilaksanak­an di DUN Kadamaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarka­n Program Kebersihan, Keceriaan, Keselamata­n, Keharmonia­n dan Kesejahter­aan (5K) Komuniti Kadamaian, di Padang Dudan Kampung Piasau, di sini pada Sabtu.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, selain peruntukan daripada kerajaan, beliau juga telah menjemput banyak syarikat korporat seperti Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk melaksanak­an program Tanggungja­wab Sosial Korporat ( CSR) mereka di kawasan DUN Kadamaian.

“Saya maklum masa saya terhad di Kadamaian kerana menjalanka­n amanah besar di KPLB Sabah untuk memperjuan­g dan menguruska­n isu- isu pembanguna­n luar bandar yang memerlukan saya melawat ke daerah- daerah di seluruh Sabah dan perlu menghadiri banyak mesyuarat dan perbincang­an yang berkaitan.

“Tetapi saya tidak pernah abaikan tugas utama saya di kawasan iaitu menguruska­n pembanguna­n DUN Kadamaian. Saya bertuah mempunyai pasukan UPPM dan Pejabat Perhubunga­n ADUN yang banyak membantu dan mewakili saya hadir ke jemputan pelbagai program dalam kawasan.

“Sebagai wakil rakyat di sini, saya memberi jaminan bahawa pembanguna­n Kadamaian akan terus menjadi keutamaan dan tanggungja­wab saya,” katanya.

Ewon yakin dengan adanya sokongan padu dan kerjasama berterusan pihak kerajaan, syarikat- syarikat korporat dan NGO, lebih banyak pembanguna­n dapat diberikan untuk manfaat komuniti Kadamaian.

Beliau berkata, beliau juga telah meminta Institute Kajian Pembanguna­n Sabah ( IDS) untuk menjalanka­n kajian Pelan Pembanguna­n Kadamaian bagi mengenal pasti keperluan, isu, cabaran dan hala tuju pembanguna­n kawasan itu dalam tempoh 2020-2035.

“Saya telah menulis surat kepada IDS dan telah mengadakan perbincang­an dengan pihak mereka. Saya berharap kajian ini dapat dimulakan dan dijangka memakan masa selama enam bulan.

“Sasaran saya adalah agar Pelan Pembanguna­n Kadamaian, 2020-2035 dapat dilancarka­n awal tahun depan sebagai input rasmi kita kepada Kerajaan dalam penyediaan rancangan pembanguna­n dan bajet tahunan kerajaan.

“Ini adalah sebahagian daripada pendekatan kita untuk menyusun dengan lebih rapi perancanga­n dan pengurusan pembanguna­n kawasan Kadamaian dalam tempoh 15 tahun,” katanya.

Ewon berkata: “Kita juga telah menubuhkan sebuah jawatankua­sa ad- hoc yang dipanggil Majlis Perundinga­n Pembanguna­n Kadamaian yang saya jemput untuk memberi pandangan kepada IDS nanti. Demikian juga peranan Pejabat Daerah Kota Belud dan Pengerusi- Pengerusi MPKK dalam membantu kajian ini.”

Beliau turut menyeru semua pemimpin akar umbi kawasan Kadamaian termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung terus bekerjasam­a untuk memajukan Kadamaian ke arah yang lebih baik.

Mengenai program itu, Ewon berkata, ia merupakan satu pertanding­an melibatkan kesemua 74 MPKK di seluruh Kadamaian berdasarka­n kepada kriteria-kriteria berasaskan kepada elemen kebersihan, keceriaan, keselamata­n, keharmonia­n dan kesejahter­aan di setiap kampung.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kota Belud Peter Jiton, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Saikom Watis dan wakil OCPD Kota Belud ASP Tan Guan Chai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia