Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah rancang bina kawasan penyimpana­n air daerah atasi bekalan ketika kemarau PENAMPANG:

-

Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah sedang dalam perancanga­n untuk mewujudkan kawasan penyimpana­n air di setiap daerah di negeri ini sebagai kaedah baharu bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air semasa musim kemarau.

Menterinya Datuk Peter Anthony berkata konsep kawasan penyimpana­n air yang sedang direka bentuk itu mampu menampung keperluan air untuk jangka masa tiga hingga empat bulan.

“Kaedah membekalka­n air menerusi kawasan penyimpana­n air ini tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ini adalah kaedah baharu dan pendekatan jangka panjang bagi menghadapi musim cuaca panas dan kekurangan hujan yang pada kebiasaany­a berlaku pada Januari hingga April.

“Kawasan penyimpana­n air itu akan (menyedut) air sungai untuk disimpan bagi menghadapi musim kemarau,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta larian Sambutan Hari Air Sedunia 2019 peringkat Sabah di sini, semalam.

Sementara itu, ditanya mengenai penggunaan air laut sebagai alternatif mengatasi masalah air di Sabah, Peter berpendapa­t kaedah berkenaan kurang sesuai dilaksana- kan memandangk­an Sabah masih mempunyai sumber air daripada sungai dan tasik selain kos pemprosesa­n air laut agak mahal.

Namun, Peter tidak menolak kemungkina­n kaedah itu akan digunakan sekiranya bekalan air daripada sungai dan tasik di Sabah semakin berkuranga­n pada masa akan datang.

Dalam perkembang­an berkaitan, Peter berkata, sebanyak enam daripada 14 loji air di Sabah berada pada tahap kritikal berikutan bacaan paras air di loji berkenaan semakin berkuranga­n akibat cuaca panas dan kekurangan hujan melanda negeri itu ketika ini.

Keenam-enam loji terbabit terletak di beberapa kawasan di Tawau dan Semporna, katanya.

Bagaimanap­un, Peter berkata, bacaan paras air di loji terbabit masih terkawal dan pihaknya akan mengambil beberapa alternatif termasuk menghantar bekalan air ke kawasan terjejas dan melakukan pembenihan awan sekiranya cuaca panas dan kurang hujan masih berlarutan.

“Tetapi, buat masa ini, pembenihan awan belum diperlukan memandangk­an ada hujan turun dalam beberapa hari ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia