Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat perlu jaga kesihatan mulut KOTA KINABALU:

- JAGA ALAM SEKITARI: Mustafa menyempurn­akan acara menanam pokok.

Program Khidmat Komuniti Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah melaksanak­an usaha menaik taraf bangunan kelas tahun tiga di Sekolah Kebangsaan Tampulan, Telipok.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk K Y Mustafa berkata, inisiatif daripada UMS itu sebagai usaha untuk membantu sekolah daif sekitar negeri ini.

Katanya, ia juga adalah usaha UMS dalam membantu pembanguna­n pendidikan di Sabah, di samping menjadi medium kepada para pelajar untuk bergiat aktif dalam hal ehwal sukarelawa­n bagi mencurah bakti sesuai dengan idea memasyarak­atkan siswa.

“Projek yang turut dibantu oleh Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS ini telah dilaksanak­an oleh Kelab Penyayang UMS yang terdiri daripada pelajar UMS seramai 15 orang, dan telah bermula sejak bulan Oktober 2018 sehingga projek ini selesai dan sedia untuk digunakan.

“Saya dimaklumka­n, sepanjang projek ini dijalankan pihak sekolah bersama dengan penduduk kampung sekitar SK Tampulan turut sama membantu dan memberi tunjuk ajar kepada sukarelawa­n UMS yang terlibat.

“Ia memastikan projek ini dapat dilaksanak­an seperti yang telah dirancang dan sudah pasti nilai tambah yang diperolehi oleh pelajar yang terlibat ini akan menjadi pengalaman bermakna buat mereka sebagai kegunaan di masa hadapan,” katanya ketika merasmikan Program itu di SK Tampulan Telipok di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, nilai tambah yang diperoleh itu bertepatan dengan nilai-nilai dalam pendidikan ditekankan oleh Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik iaitu Sayang, Kegembiraa­n atau Kebahagiaa­n dan Saling Menghormat­i.

“Setelah bangunan ini dinaik taraf, kita berharap agar murid-murid dapat melalui proses pelajaran dan pembelajar­an dengan lebih kondusif. Semoga usaha ini mampu menjadi sumber motivasi kepada para pelajar untuk terus cemerlang.

“Sebagai institusi pendidikan tinggi yang berada di negeri ini, UMS sentiasa komited untuk terus menjalinka­n hubungan bersama dengan sekolah-sekolah sekitar Sabah untuk sama-sama berbakti serta menyumbang dalam memastikan pendidikan di Sabah tidak ketinggala­n.

“Tambahan pula, Menteri Pendidikan sendiri telah meletakkan keutamaan dalam membantu sekolah-sekolah daif yang ada di Sabah sebagaiman­a yang disebutkan dalam amanat beliau pada awal tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mistirine Radin berkata, SK Tampulan, Telipok amat bertuah kerana menjadi pilihan Kelab Penyayang UMS untuk menjalanka­n khidmat komuniti.

Katanya, sekolah itu sememangny­a menghadapi keperluan mendesak kerana sebelum ini keadaan kelas yang asal adalah daif dan tidak kondusif bagi tujuan pengajaran serta pembelajar­an.

“Keadaan ini telah berlaku sekian lama sehingga mengganggu tumpuan murid ketika belajar dan guru yang mengajar juga terjejas terutama semasa keadaan cuaca melampau.

“Projek Menaiktara­f Kelas Tahun Tiga ini adalah hadiah yang sangat bernilai kepada sekolah ini, khususnya kepada murid-murid yang akhirnya dapat mengalami suasana kelas sebenar.

“Kemudahan ini diharap dapat meningkatk­an lagi semangat mereka untuk hadir ke sekolah, sekali gus melonjakka­n prestasi dalam bidang akademik dan kokurikulu­m.

“Serta guru-guru juga akan lebih mudah mengaplika­sikan pedagogi dan pembelajar­an abad ke-21” katanya dalam teks ucapan yang disampaika­n oleh wakil beliau, Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembanguna­n, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Terry Henry.

Penyakit berkaitan mulut seperti kerosakan gigi serta gusi perlu diambil perhatian oleh setiap masyarakat dalam negara ini memandangk­an ianya mampu menjejaska­n kesihatan badan secara keseluruha­n.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, penyakit seumpamany­a bukan sahaja menjadi perhatian dalam negara ini tetapi ia juga memberikan kesan secara global.

“Di sesetengah negara ASEAN Pasifik, penyakit mulut itu berkait rapat dengan kanser mulut yang mana menjadi penyakit kanser nombor tiga tertinggi negara-negara terbabit.

“Berdasarka­n kajian yang dilakukan Kementeria­n Kesihatan Malaysia, seramai lapan daripada 10 orang dewasa berhadapan dengan kerosakan gigi...sementara lima daripada 10 orang dewasa menghadapi penyakit gusi,” katanya ketika merasmikan Kongress Pergigian Borneo ke-9, di sini pada Sabtu.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong.

Shafie berkata, masyarakat Malaysia bertuah kerana negera ini menyediaka­n sistem perkhidmat­an penjagaan kesihatan tercanggih di dunia serta boleh didapati secara berpatutan.

Katanya, kerajaan negeri akan terus memberikan keutamaan menaik taraf dan mengembang­kan perkhidmat­an kesihatan kepada rakyat Sabah.

“Perkhidmat­an ini bukan sahaja dinikmati masyarakat di bandar tetapi juga mereka yang tinggal di luar bandar dan pedalaman akan turut diberi keutamaan.

“Oleh itu, saya ingin menyeru kepada sektor swasta khususnya dalam penyediaan perkhidmat­an kesihatan agar memberikan kerjasama dengan kerajaan demi membawa manfaat kepada semua rakyat Sabah,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga sudah menyokong segala inisiatif penganjura­n program kesihatan di negeri ini.

“Saya percaya kita mempunyai asas yang kukuh dan boleh bekerjasam­a untuk mencapai standard yang lebih tinggi untuk kesihatan rakyat negara ini,” katanya.

Hadir sama ialah Pengerusi Penganjur Dr Sylvia Lim serta tetamu kehormat lain.

Program yang diadakan selama dua hari itu disertai seramai 400 peserta dari enam negara seperti Korea, Indonesia, Brunei, India, Singapura dan Malaysia.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia