Utusan Borneo (Sarawak)

PEMANDU RENTUNG DALAM KERETA TERBAKAR

-

MIRI: Polis masih belum dapat mengenal pasti mangsa rentung dalam sebuah kenderaan yang terbakar dipercayai terbabit kemalangan di sini awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata siasatan awal polis mendapati kenderaan terbakar itu didaftarka­n di bawah nama Isyak Nordin, 67 dari Jalan Sibu, Taman Tunku di sini.

“Kami masih belum dapat mengenal pasti mangsa rentung dalam kenderaan tersebut namun tidak menolak kemungkina­n jika ia adalah orang yang sama iaitu pemilik kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau memberitah­u, mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat manakala kenderaan terlibat dibawa ke Balai Trafik Miri untuk pemeriksaa­n PUSPAKOM.

Dalam kejadian sekitar jam 1 pagi semalam, kenderaan dipandu mangsa dari Jalan Sawit tidak jauh dari Gokart Miri menghala ke Ladang Woodman, Kuala Baram disyaki gagal dikawal dan terbabas ke tepi jambatan lalu terbakar dan mangsa dipercayai rentung.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Awal pagi semalam, pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Lopeng di sini bersama lapan anggota menaiki sebuah jentera pemadam api dan kenderaan EMRS bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan jam 2.22 pagi.

Sebaik tiba di lokasi kejadian jam 3.25 pagi, bomba menemui seorang mangsa rentung dalam kenderaan tersebut.

“Identiti mangsa tidak diketahui dan kerja pemadaman dilakukan sehingga selesai. Setelah forensik melakukan siasatan awal, mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? PERIKSA: Bomba memeriksa kenderaan yang terbakar
selepas api dipadamkan sepenuhnya.
PERIKSA: Bomba memeriksa kenderaan yang terbakar selepas api dipadamkan sepenuhnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia