Utusan Borneo (Sarawak)

BTS saing kumpulan Beatles tiga kali ungguli carta Billboard 200

-

BTS muncul sebagai kumpulan pertama selepas Beatles yang mengunggul­i carta album muzik Amerika Syarikat, Billboard 200, sebanyak tiga kali dalam tempoh kurang setahun, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap memetik kenyataan Billboard.

Album tujuh lagi terkini BTS, ‘Map of the Soul: Persona’, yang dilancarka­n pada 12 April, mengunggul­i carta Billboard 200 pada minggu 27 April selepas terjual sebanyak 230,000 unit yang setara dengan album di Amerika Syarikat (AS), menurut majalah muzik online pada Ahad (waktu AS) yang memetik data Nielsen Music.

Ia adalah minggu terbaik sepanjang kerjaya kumpulan itu, menurutnya.

Billboard 200 dan carta lain akan dikemas kini sepenuhnya di laman sesawang Billboard pada Selasa.

‘Persona’, pembuka siri album baharu BTS ‘Map of the Soul’, merupakan album No. 1 ketiga kumpulan itu yang mengunggul­i carta Billboard dalam tempoh hampir 11 bulan.

Kumpulan itu mengunggul­i carta itu dengan ‘Love Yourself: Tear’ pada Jun tahun lepas sebelum album ‘Love Yourself: Answer’ kembali menakluki carta pada September.

“Sebelum BTS, kumpulan tradisiona­l terakhir (kecuali Glee yang sering bertukar anggota) yang mengunggul­i carta dalam tempoh secepat itu ialah Beatles pada 1995-1996, apabila album klasiknya iaitu ‘Anthology 1’, ‘Anthology 2’ dan ‘Anthology 3’ dalam tempoh 11 bulan dan seminggu,” katanya.

‘Persona’ yang dirakam dalam bahasa Korea juga merupakan album bukan berbahasa Inggeris keempat yang pernah mengunggul­i carta itu sepanjang tahun lepas, menurut Billboard.

Album ‘Love Yourself’ pula adalah dua daripada tiga rekod lain yang sebelum ini mengunggul­i carta sepanjang tahun lepas. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? BTS
BTS
 ??  ?? BEATLES
BEATLES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia