Utusan Borneo (Sarawak)

KELUHAN RAKYAT DIDENGARI

Projek naik taraf Jalan Pasai Siong bermula 5 April lalu dan dijangka siap pada 4 Oktober 2020.

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Setelah berdekad-dekad lamanya menanti jalan dinaik taraf, penduduk rumah panjang di Pasai Siong dekat sini menarik nafas lega apabila suara dan permintaan mereka selama ini telah didengari kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Majlis Pecah Tanah

Naik Taraf Jalan Pasai Siong disempurna­kan Timbalan

Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Tan Sri Datuk Amar James Masing di Rumah Layang Ngelai, Pasai Siong Ili pada Sabtu lepas.

Tuai Rumah Layang dalam ucapan alualuanny­a pada majlis tersebut melahirkan rasa bersyukur dan bangga atas keprihatin­an kerajaan GPS yang telah mendengar keluhan mereka selama ini.

"Masalah penduduk

Pasai Siong akhirnya telah didengari GPS di mana kita sudah berpuluh-puluh tahun memohon, bercakap mengenainy­a.

"Dengan adanya jalan yang bertar (berturap) maka ia akan

memudahkan serta mempercepa­tkan urusan kita yang menggunaka­nnya," ujarnya sambil merakamkan penghargaa­n kepada Masing, Gira dan Abang Johari atas keprihatin­an mereka meluluskan projek tersebut.

Pengurus Pejabat Wilayah Tengah Jabatan Kerja Raya (JKR) Cassidy Morris berkata, projek jalan raya sepanjang 18 kilometer dan selebar enam meter itu menelan kos RM17 juta.

"Projek menaik taraf jalan ini sudah bermula sejak 5 April lalu dan ia dijangka siap pada 4 Oktober 2020 iaitu mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan," katanya pada majlis tersebut. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christophe­r Gira Sambang memberitah­u, projek menaik taraf jalan tersebut sudah lama diusahakan dan sering diutarakan­nya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih setahun yang lalu.

"Justeru saya mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n kepada kerajaan negeri serta Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Masing kerana telah meluluskan peruntukan untuk tujuan tersebut.

"Apaila ia siap kelak, ia akan memberi manfaat serta keselesaan kepada 18 rumah panjang yang mempunyai populasi tidak kurang daripada 2,000 orang," katanya.

Pada majlis itu, Masing turut meluluskan peruntukan RM64,000 kepada Rumah Layang untuk projek penyambung­an elektrik dan RM5,000 lagi untuk Biro Wanitanya.

Hadirin pada majlis tersebut turut berjaya mengumpul derma RM2,600 untuk membantu mangsa kebakaran di Rumah Umpang di Sungai Bauh Celum di Mukah.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah bekas ADUN Tamin Datuk Joseph Mauh Ikeh, Setiausaha Politik Ketua Menteri Edwin Banta, Pegawai Daerah Sibu Suhaili Mohamad, Pegawai Daerah Selangau Inting Nyami serta ketua-ketua masyarakat yang lain.

 ??  ?? BANTU RAKYAT: Masing (lima kiri), Gira (empat kiri) serta kenamaan lain yang hadir
pada Majlis Pecah Tanah Naik Taraf Jalan Pasai Siong dekat Sibu, Sabtu lepas.
BANTU RAKYAT: Masing (lima kiri), Gira (empat kiri) serta kenamaan lain yang hadir pada Majlis Pecah Tanah Naik Taraf Jalan Pasai Siong dekat Sibu, Sabtu lepas.
 ??  ?? TELITI: Masing (duduk) sambil diiringi Gira (dua kanan) serta kenamaan lain ketika diberi taklimat mengenai projek naik taraf Jalan Pasai Siong di
Rumah Layang dekat Sibu, baru-baru ini.
TELITI: Masing (duduk) sambil diiringi Gira (dua kanan) serta kenamaan lain ketika diberi taklimat mengenai projek naik taraf Jalan Pasai Siong di Rumah Layang dekat Sibu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia