Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh kes sindiket minta nombor TAC bank dilaporkan, kerugian RM21,000

-

KUCHING: Sebanyak tujuh kes sindiket minta nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) bank dilaporkan dengan melibatkan kerugian RM21,000 di Sarawak bagi tempoh Januari hingga 21 April tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, jumlah kerugian tertinggi yang dialami mangsa dalam sindiket ini adalah sebanyak RM7,000.

Dedahnya lagi, masyarakat Cina merekodkan jumlah tertinggi iaitu empat kes yang menjadi mangsa penipuan sindiket TAC ini diikuti Melayu dua kes dan Melanau satu kes yang mana kesemua mangsa berusia antara 19 hingga 46 tahun.

“Justeru, masyarakat diingatkan agar tidak memberi nombor TAC kepada sesiapa sahaja dan perlu menukarkan kata laluan perbankan dalam talian dengan segera.

“Malah, hubungi pihak bank jika dapati duit dalam akaun berkuranga­n,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mengulas lanjut tentang modus operandi sindiket ini, Mustafa berkata mangsa mendapat nombor TAC dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sedangkan pengguna tidak buat apa-apa transaksi sebelum itu.

Jelasnya, suspek kemudianny­a akan menghubung­i mangsa sama ada menerusi SMS, WhatsApp atau panggilan WhatsApp dan memberitah­u kononnya tersilap daftar nombor telefon untuk akaun banknya.

“Suspek kemudianny­a akan minta nombor TAC yang diterima mangsa dengan alasan untuk betulkan kembali butiran akaun banknya.

“Sindiket ini akan menggunaka­n pelbagai alasan untuk menampakka­n keadaan mereka terdesak selain mengguna nombor telefon berlainan setiap kali menghubung­i mangsa,” katanya.

Malah tambahnya lagi antara alasan diberi adalah untuk membetulka­n nombor telefon yang salah daftar membatalka­n pinjaman bank datuk atau nenek mereka atau perlu keluarkan duit untuk bayar bil hospital datuk dan nenek mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia