Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Bantuan berperanan kekal keharmonia­n, keamanan

Mereka sebahagian daripada pasukan keselamata­n tertakluk kepada organisasi, disiplin, kuasa dan tugas PDRM

- Oleh Andy Sabang

Unit Polis Bantuan dilatih sepenuhnya oleh PDRM dengan disiplin dan kemahiran tinggi memastikan kesiapsiag­aan semasa menjalanka­n tugas menjaga ketenteram­an dan keselamata­n awam.

Datuk Azman Yusof Pesuruhjay­a Polis Sarawak

SIBU:PolisBantu­anmemainka­n peranan mengekalka­n keharmonia­n serta keamanan untuk membantu menyumbang kepada pertubuhan ekonomi dan imej negara.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Azman Yusof berkata, Polis Bantuan adalah entiti kerajaan dan sebahagian daripada pasukan keselamata­n yang tertakluk kepada organisasi, disiplin, kuasa dan tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya Unit Polis Bantuan di bawah Seksyen 47 Akta Polis 1967 berkuasa menggunaka­n kuasa polis bagi menjamin keselamata­n daripada sebarang ancaman keganasan, serangan di tempat kerja, sabotaj dan kecurian yang mendatangk­an kerisauan.

“Unit Polis Bantuan dilatih sepenuhnya oleh PDRM dengan disiplin dan kemahiran tinggi memastikan kesiapsiag­aan semasa menjalanka­n tugas menjaga ketenteram­an dan keselamata­n awam,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superinten­den Martin Khoo pada Majlis Persidanga­n Persatuan Polis Bantuan Malaysia (APA) Kontinjen Sarawak di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi APA Kontijenn Sarawak Elvis Tulu Ayu berkata persidanga­n tersebut adalah kali kedua diadakan dan dihadiri agensi Polis Bantuan dari seluruh negeri.

Elvis berkata persidanga­n tersebut adalah sebagai landasan memantapka­n pengurusan Polis Bantuan di peringkat kontinjen.

“Terdapat 3,000 anggota Polis Bantuan daripada 66 agensi dan membuktika­n betapa pentingnya Polis Bantuan menjadi penggerak utama agensi mengekalka­n suasana selamat di kawasan di bawah agensi Polis Bantuan masingmasi­ng,” jelasnya.

Katanya, persidanga­n tersebut juga dapat memantapka­n semangat kepolisan serta mengukuhka­n kerjasama strategik antara PDRM dan Polis Bantuan.

 ??  ?? PERSIDANGA­N: Martin (empat kanan) bersama peserta menghadiri persidanga­n tersebut di Sibu semalam.
PERSIDANGA­N: Martin (empat kanan) bersama peserta menghadiri persidanga­n tersebut di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia