Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lelaki Indonesia ditahan kerana memiliki dadah

-

BINTULU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak menahan tiga lelaki warga Indonesia berumur 21 hingga 34 tahun kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 531.95 gram dianggarka­n bernilai RM79,792.50 sekitar jam 9 malam kelmarin.

Ketua JSJN Sarawak Superinten­den Sahar Abdul Latif dalam satu kenyataan media semalam mengesahka­n serbuan dijalankan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Abang Galau dan menahan ketiga-tiga suspek.

Katanya pemeriksaa­n ke atas ketiga-tiga suspek menjumpai satu peket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 50.47 gram.

Manakala pemeriksaa­n ke atas seorang lagi suspek menemui satu kotak rokok jenama Era di dalamnya mengandung­i 12 plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal seberat 69.69 gram dipercayai dadah jenis sama.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas rumah terbabit turut menemui satu beg plastik berwarna timah kekuningan bertulis ‘Guanyinwan­g’ di dalamnya mengandung­i 14 peket plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu seberat 400 gram dan satu kotak bertutup mengandung­i 35 keratan tiub straw berisi dadah jenis sama seberat 11.79 gram,” jelasnya.

Beliau berkata, hasil soal siasat ke atas kesemua suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu mendapati aktiviti pengedaran dadah bermula sejak akhir tahun lalu.

Ujian saringan air kencing dijalankan mendapati ketigatiga­nya positif amphetamin­e dan methamphet­amine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 jika disabit kesalahan ketiga-tiga suspek berhadapan dengan hukuman mati.

Difahamkan semua suspek dikenakan tahanan reman selama 14 hari di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

 ??  ?? BAHAN BUKTI: Dadah syabu seberat 531.95 gram dianggarka­n bernilai RM79,792.50 dirampas daripada tiga lelaki warga Indonesia di sebuah rumah tidak bernombor Jalan Abang Galau.
BAHAN BUKTI: Dadah syabu seberat 531.95 gram dianggarka­n bernilai RM79,792.50 dirampas daripada tiga lelaki warga Indonesia di sebuah rumah tidak bernombor Jalan Abang Galau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia