Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba selamatkan pendaki wanita terkandas di Gunung Sadong

-

KUCHING: Pasukan bomba terpaksa berjalan kaki sejauh empat kilometer mendaki Gunung Sadong, Kampung Baru Bunga, Serian untuk membawa turun seorang pendaki wanita yang terkandas di tengah gunung berkenaan malam kelmarin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 7.09 malam kelmarin.

“Pasukan bomba bersama sekumpulan penduduk kampung (malim gunung) tiba di puncak gunung sekitar jam 8.50 malam dan mendapati seorang wanita berumur lingkungan 20-an mengadu sakit di bahagian pinggang akibat tergelinci­r semasa hendak menuruni gunung.

“Pasukan bomba membawa mangsa turun menggunaka­n ‘stratcher’ dengan jarak perjalanan dalam lingkungan empat kilometer menuruni Gunung Sadong,” kata jurucakap bomba dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambah bomba, sebaik mangsa berjaya dibawa turun ke kaki gunung, pasukan bomba melakukan rawatan awal.

Mangsa kemudianny­a dihantar ke Hospital Serian untuk tindakan seterusnya.

Sebelum kejadian itu mangsa dikatakan bersama tujuh lagi rakannya dan dua malim gunung mengadakan ekspedisi mendaki Gunung Sadong.

Namun, lapan daripada mereka yang terdiri daripada tujuh pendaki dan seorang malim gunung berjaya turun dari gunung berkenaan.

Manakala dua lagi terdir daripada mangsa dan seorang malim gunung terkandas di tengah gunung tersebut kerana kecederaan yang dialami mangsa.

Misi menyelamat dan membawa turun mangsa dijalankan pasukan bomba dar Balai Bomba dan Penyelama (BBP) Serian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia