Utusan Borneo (Sarawak)

Contohi semangat tinggi masyarakat Melayu Cape Town

Orang Melayu Cape Town mampu bertahan meskipun ditekan kerajaan yang mengamalka­n dasar diskrimina­si: Abang Johari

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Masyarakat Melayu khasnya di Sarawak perlu mencontohi semangat tinggi orang Melayu Cape Town yang mampu bertahan meskipun ditekan kerajaan yang mengamalka­n dasar diskrimina­si.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, orang Melayu Cape Town apabila ditekan kerajaan menjadi semakin bersemanga­t dan bekerja kuat untuk memajukan diri.

“Sebab itu, apabila kerajaan Afrika Selatan mengamalka­n dasar aparteid, orang Melayu kita di sana tidak terjejas kerana semakin ditekan kerajaan, mereka semakin kuat bekerja serta membentuk masyarakat yang digeruni orang kulit putih,” katanya pada Majlis

Sebab itu, apabila kerajaan Afrika Selatan mengamalka­n dasar aparteid, orang Melayu kita di sana tidak terjejas kerana semakin ditekan kerajaan, mereka semakin kuat bekerja serta membentuk masyarakat yang digeruni orang kulit putih.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

Sambutan Ulang Tahun Ke60 Persatuan Melayu Miri, malam kelmarin.

Menurut Abang Johari, masyarakat Melayu juga perlu bergerak ke arah yang lebih maju dengan menyemai semangat futuristik serta mengadapta­si perkembang­an teknologi terkini.

“Kalau masyarakat Melayu dapat mempunyai semangat yang futuristik, dapat bergaul dan belajar dengan orang lain dan memantapka­n dirinya seterusnya melangkah lebih jauh, saya yakin masyarakat Melayu juga boleh maju,” tegasnya.

Abang Johari berkata, untuk melangkah ke arah negeri maju menjelang 2030, masyarakat Melayu tiada pilihan lain selain memperkemb­angkan ilmu dan pendidikan.

“Jika masyarakat Melayu mahu maju setanding dengan bangsa lain, mahu tidak mahu kita mesti mempunyai ilmu terkini sebab itu saya anjurkan ekonomi digital untuk mereka bersaing,” jelasnya.

Malah kata Abang Johari, perkembang­an teknologi terkini turut mengubah budaya hidup masyarakat secara keseluruha­nnya.

“Kalau nak membangun, masyarakat Melayu perlu memperguna­kan teknologi, ekonomi dan kedudukan kita mesti mantap baharulah orang lain menghormat­i kita,” jelasnya.

Dalam perkembang­an sama, Abang Johari berkata, tambahan pendapatan RM3 bilion ke atas cukai minyak dan gas tahun ini digunakan untuk pembanguna­n fizikal.

“Kita harus mencari cara baharu untuk menambah pendapatan negeri sebab itu kita berani mengenakan cukai ke atas minyak dan gas.

“Sebelum ini kita tidak mengenakan cukai kerana terikat dengan kerajaan lama, kali ini kita tiada kaitan dengan kerajaan persekutua­n kerana hasil minyak dan gas ini adalah milik kita dan perlu dikenakan cukai,” katanya.

Mengambil contoh masyarakat Melayu Cape Town, Sarawak kata Abang Johari, perlu bergerak dan mengatur langkah sendiri untuk masa depan tanpa bergantung kepada pihak lain.

Sementara itu, Abang Johar juga akan membantu menambah dana untuk membina bangunan baharu milik Persatuan Melayu Miri.

Majlis turut dihadiri ister Ketua Menteri Datin Patingg Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin Pengerusi Persatuan Melayu MiriRadzal­iAlisionse­rtatetamu kenamaan lain.

 ??  ?? SIMBOLIK: Abang Johari serta isteri memotong pulut kuning sambil disaksikan tetamu lain sebagai simbolik perasmian Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Persatuan Melayu Miri, malam kelmarin.
SIMBOLIK: Abang Johari serta isteri memotong pulut kuning sambil disaksikan tetamu lain sebagai simbolik perasmian Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Persatuan Melayu Miri, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia