Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak bantah penempatan semula Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

-

Sarawak membantah sekeras-kerasnya tindakan menempatka­n semula Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dari Kuching ke Kota Kinabalu.

Pejabat Ketua Menteri menerusi kenyataan akhbar semalam berkata tindakan itu tidak mematuhi peraturan undang-undang dan menyifatka­nnya tidak berperlemb­agaan.

“Merujuk kepada surat dikeluarka­n Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n berhubung penempatan semula Pejabat Pendaftar untuk Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dan kenyataan media Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Kong mengenai perkara sama.

“Disahkan tiada rundingan antara Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan Ketua Menteri Sarawak (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) berhubung perkara ini, kerana ia adalah tuntutan mandatori seperti di bawah Perkara 121 (4) Perlembaga­an Persekutua­n.

“Kerajaan Sarawak membantah sekeras-kerasnya tindakan yang tidak mematuhi peraturan undang-undang dan melihat penempatan semula Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak sebagai tidak berperlemb­agaan,” ujar kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, walaupun Kerajaan Sarawak menerima keputusan muktamad berhubung perkara itu ditentukan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, adalah mustahak proses asas perlembaga­an perundinga­n dipatuhi.

“Ini adalah tidakan yang tidak berperlemb­agaan, jika tidak disemak, akan pada masa depan, mempunyai akibat ke atas hak-hak Sarawak di bawah Perlembaga­an Persekutua­n,” ujarnya.

Pada Ahad lepas, BERNAMA melaporkan Liew sebagai berkata keputusan itu dibuat oleh Ketua Hakim Negara ketika itu Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim tertinggi negara beberapa bulan lalu.

“Keputusan ini mendapat kelulusan Perdana Menter Tun Dr Mahathir Mohamad dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya

Menurut Liew, perkara itu tidak harus dipolitikk­an kerana ia atas keputusan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak yang memohon agar pejabat itu dipindahka­n ke Kota Kinabalu.

Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dijangka berpindah dari Kuching ke Kota Kinabalu berkuat kuasa 1 Me depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia