Utusan Borneo (Sarawak)

Penempatan semula Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ting saman kerajaan persekutua­n

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting akan mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan persekutua­n kerana keputusann­ya menempatka­n semula Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dari Kuching ke Kota Kinabalu.

Beliau berkata dalam hal itu, kerajaan persekutua­n tidak mengadakan rundingan dengan Kerajaan Sarawak dan ia jelas melanggar Perlembaga­an Persekutua­n.

“Saya berasa pelanggara­n seperti ini tidak boleh dibenarkan berlaku lebih-lebih lagi ia memberi kesan kepada hak-hak Sarawak.

“Jika ada apa-apa yang tidak membantu Sarawak, kita mesti membawa perkara ini ke mahkamah untuk keputusan dibuat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini, semalam.

Ting menegaskan, beliau akan membawa isu tersebut ke Mahkamah Tinggi di sini dalam kapasitiny­a sebagai ADUN Piasau dan rakyat Sarawak.

“Jika kita tidak melakukan apa-apa, tiada siapa tahu apa yang bakal berlaku selepas ini. Jadi kita mesti memastikan perkara ini harus dihentikan.

“Membawa perkara ini ke mahkamah, satu-satunya cara untuk melindungi kepentinga­n Sarawak dan itu sangat penting kepada saya kerana ia adalah tugas saya untuk melindungi Sarawak,” tegasnya.

Ting mendedahka­n, beliau telah berunding dengan pasukan peguamnya dan mereka akan menamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong sebagai salah seorang defendan.

“Kami melihat kepada kerajaan persekutua­n dan menteri undang-undang (Liew). Kami mungkin mempertimb­ang sama ada perlu memasukkan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) kerana beliau yang menasihati Agong berhubung perkara ini.

“Semua ini saling berkaitan bermula dengan menteri undang-undang dan hingga ke kerajaan persekutua­n itu sendiri kerana ia melanggar Perlembaga­an Persekutua­n. Mungkin tiga defendan,” jelasnya.

Penempatan semula Pejabat Pendaftar Mahkanmah Tinggi Sabah dan Sarawak ke Kota Kinabalu berkuat kuasa 1 Mei depan telah menimbulka­n pelbagai reaksi dalam kalangan badan perundanga­n di Sarawak.

 ??  ?? SAMAN: Ting pada sidang media di ibu pejabat SUPP di Kuching semalam.
SAMAN: Ting pada sidang media di ibu pejabat SUPP di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia