Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat pengangkut­an gagal laksana tugas akan dikena tindakan tegas

-

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak akan bertolak ansur dengan syarikat pengangkut­an dilantik di bawah program kontrak subsidi pengangkut­an yang gagal melaksanak­an tugas dengan baik.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar berbahasa Cina tempatan See Hua Daily mengenai penduduk di Bario, Sarawak yang perlu membayar RM65 untuk mendapatka­n satu tong gas petroleum cecair (LPG).

“Jika laporan yang dikeluarka­n semalam (20 April 2019) benar, timbul isu serius melibatkan syarikat pengangkut­an dilantik bagi zon Bario, tidak melaksanak­an tugas walaupun telah dilantik sewajarnya.

“Kementeria­n tidak akan bertoleran­si dengan sikap atau cara melaksanak­an tugas dengan tidak baik seperti dipertangg­ungjawabka­n oleh kementeria­n untuk manfaat rakyat,” tegasnya.

Sehubungan itu katanya, beliau telah mengarahka­n siasatan segera dilakukan berhubung perkara tersebut dan jika laporan itu benar dan syarikat pengangkut­an tidak dapat memberi alasan kukuh, tindakan tegas akan diambil termasuk diganti dengan syarikat pengangkut­an lain serta-merta.

Chong yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak berkata perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana bermula 1 April tahun ini kerajaan menyediaka­n kontrak subsidi kepada syarikat pengangkut­an untuk mengangkut LPG, diesel, RON95, gula, beras, tepung dan minyak masak ke kawasan terpencil di Sarawak.

“Selepas membaca laporan berita oleh See Hua Daily melaporkan penduduk d Bario masih membyar RM65 bagi satu tong LPG, saya telah mengarahka­n pegawa kementeria­n melakukan siasatan segera.

“Di bawah kontrak subsid pengangkut­an, kementeria­n akan membayar kepada syarikat pengangkut­an dilantik semua kos pengangkut­an untuk membekalka­n tujuh barangan keperluan sepert saya nyatakan tadi ke kawasan luar bandar Sarawak,” katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.

Chong berkata dengan pembayaran kontrak subsidi itu harga kesemua tujuh barangan keperluan tersebut dijua sama harga dengan di bandar sebagai contoh bagi satu tong LPG 14kg, ia sepatutnya dijua pada harga RM26.60.

Tambahnya lagi, pada 2019, sejumlah RM149 juta diperuntuk­an bagi program subsidi pengangkut­an tersebut dengan hampir RM80 juta diperuntuk­kan kepada Sarawak.

Tahun ini katanya, kementeria­n juga mengguna paka sistem tender terbuka dalam pemilihan dan pelantikan syarikat pengangkut­an berbanding sebelum ini ia dilakukan menerusi sistem rundingan langsung.

Disebabkan itu katanya berlaku kelewatan pelaksanaa­n program berkenaan yang sepatutnya bermula Januari (2019).

Bagaimanap­un ujarnya pada 1 April 2019, semua syarikat pengangkut­an telah dilantik dan surat penganuger­ahan telah dikeluarka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia