Utusan Borneo (Sarawak)

MPP umum sembilan lokasi bazar Ramadan di kawasan tadbiranny­a

-

KUCHING: Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) mengumumka­n sembilan lokasi bazar Ramadan di kawasan tadbiranny­a yang dijangka bermula pada hari pertama umat Islam berpuasa (dijangka 5 atau 6 Mei) depan.

Menurut Timbalan Pengerusi MPP Datuk Ahmad Ibrahim, sekitar 500 pengusaha makanan akan menyertai bazar berkenaan.

“Lokasinya terletak di Kota Sentosa Town Square, tempat letak kereta di Kedai Taman Malihah, tempat letak kereta di Kedai Matang Jaya, tempat letak kereta sementara (Plot 12) Bandar Baharu Batu Kawah.

“Juga pekarangan letak kereta Emart Matang, tempat letak kereta Batu Kawa, tempat letak kereta depan Pasar Batu 10, tempat letak kereta Kedai Jalan Sejijak-Matang dan tempat letak kereta Matang Jaya,” katanya pada sidang media di pejabat MPP semalam.

Bazar Ramadan telah dimulakan sejak 2008 untuk memberi perkhidmat­an kepada komuniti yang berniaga kecil-kecilan ditempatka­n di kawasaan yang teratur dan selesa.

Pihak MPP turut menyediaka­n bazar di lokasi strategik bagi berjaja iaitu yang mana ramai penghuniny­a.

Sektor swasta telah terlibat sama dalam penganjura­n bazar Ramadan sejak 2005 mengikut spesifikas­i yang telah digariskan pihak MPP.

MPP turut bekerjasam­a dengan persatuan dan penaja tempatan selain Kementeria­n Kesihatan dan Pejabat Perdaganga­n Dalam Negeri dan Ha Ehwal Pengguna.

Sebelum ini sesi dialog telah dijalankan pihaknya yang dipengerus­ikan penganjur majlis, Ahli Majlis Wan Hashim Wan Sulaiman.

Para penjaja diajar cara menjaga kebersihan dan mendidik mereka agar lebih beretika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia