Utusan Borneo (Sarawak)

Timba ilmu baharu untuk kekal relevan Lengkapi diri dengan pengetahua­n, kemahiran baharu melalui proses pembelajar­an

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Untuk kekal relevan, masyarakat perlu segera melengkapk­an diri dengan pengetahua­n dan kemahiran baharu dengan melalui proses pembelajar­an tanpa mangira usia, masa dan tempat.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, melalui kepesatan teknologi dan persekitar­an yang sangat dinamik pada hari ini, masyarakat perlu beradaptas­i dan bersedia menimba ilmu baharu dalam persediaan untuk bersaing secara sihat pada masa akan datang.

“Kerajaante­lahmenyedi­akan pelbagai program ke arah menjayakan misi dalam melahirkan masyarakat berpengeta­huan yang merangkumi penganjura­n kursus dan agenda lain.

“Usaha ini membuktika­n kesungguha­n kerajaan untuk membawa dan membentuk masyarakat yang berpengeta­huan dan berjaya bergerak seiring dengan pembanguna­n yang digerakkan kerajaan.

“Penyertaan komuniti dalam kursus-kursus yang bakal dianjurkan akan menjenamak­an masyarakat kita sebagai bangsa pencinta ilmu yang meneruskan ketamaduna­n dan melonjakka­n kualiti kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan wakilnya Ahmat Adai pada majlis perasmian Kursus Pengurusan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Peringkat Bahagian Sarikei di Pejabat Agama Islam Sarikei, semalam.

Seramai 30 peserta menyertai kursus berkenaan.

Len yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.41 Kuala Rajang turut berkata, penganjura­n program itu amat penting dalam memberi pengetahua­n dan pendedahan kepada para peserta tentang peranan dan tanggungja­wab sebagai seorang ahli dalam suatu pertubuhan dan organisasi.

Katanya, kita mahu setiap ahli yang berada di bawah satu payung organisasi dan pertubuhan sedar akan peranan mereka dan bukan hanya mengharapk­an kepimpinan di peringkat tertinggi untuk bergerak dan membangunk­an sesebuah pertubuhan itu.

“Dalam erti kata lain, kerjasama dan usaha yang melibatkan komitmen semua pihak bakal membawa lebih banyak impak

Kerajaan telah menyediaka­n pelbagai program ke arah menjayakan misi dalam melahirkan masyarakat berpengeta­huan yang merangkumi penganjura­n kursus dan agenda lain.

Datu Len Talif Salleh

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar

yang positif kepada organisasi terbabit.

“Justeru, kita mahu semua yang telah hadir pada kursus ini dapat berkongsi segala pengalaman dan pengetahua­n yang diperolehi dengan ahli-ahli lain lain agar ilmu dan pengetahua­n itu dapat diperkemba­ngkan dan dinikmati bersama,” tegasnya.

Sementara itu pengerusi penganjur program berkenaan Shahmen Abdullah berkata, pada kursus ini para peserta telah didedahkan dengan beberapa modul penting.

“Antara pengisian program ini ialah peranan pemegang jawatan dalam pertubuhan, pengurusan surat menyurat, sistem fail dan rekod, pengurusan mesyuarat dan penyediaan minit serta pengurusan kewangan.

“Kita berharap dengan penerangan yang terperinci daripada penceramah jemputan pada program ini, akan dapat memberi pengetahua­n terbaik kepada para peserta dalam menerajui sesebuah organisasi pada masa akan datang,” tegasnya.

Antara wakil NGO yang turut sama hadir pada program itu ialah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Sarikei, Persatuan Cina Muslim Malaysia(MACMA), Persatuan Kebajikan Tiong Hua Islam Sarawak (PERKTHIS) Cawangan Sarikei dan Persatuan Ibu Tunggal Sarikei.

Pada majlis yang sama, Len turut menyampaik­an sumbangan RM5,000 kepada urus setia program.

Turut Pegawai Jabatan Agama Islam (JAIS) Sarikei Syed Harold Salleh Wan Mohammad.

 ??  ?? TIMBA ILMU: Peserta kursus Pengurusan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Peringkat Bahagian Sarikei merakam kenangan bersama sebaik sahaja selesai menghadiri kursus berkenaan semalam.
TIMBA ILMU: Peserta kursus Pengurusan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Peringkat Bahagian Sarikei merakam kenangan bersama sebaik sahaja selesai menghadiri kursus berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia