Utusan Borneo (Sarawak)

Kanser prostat kanser kelima paling digeruni, sering dihidapi lelaki

-

KUCHING: Kanser prostat merupakan kanser kelima paling digeruni dan sering dihidapi golongan lelaki selepas mencapai umur 50 tahun ke atas.

Menurut Ketua Pakar Perunding Kanan Jabatan Urologi Hospital Umum Sarawak (HUS) Dr Teh Guan Chou, kanser pertama yang sering dihidapi lelaki adalah kanser paru-paru, kanser hati, kanser perut dan kanser usus.

“Apabila umur golongan lelaki semakin meningkat kepada 50 tahun ke atas terdapat peluang yang lebih besar untuk mendapat gejala kanser prostat.

“Biasanya jika terdapat jangkitan ‘Benigh Prostate Hyperplasi­a’ (BPH) maka ia akan menyebabka­n prostat mengembang sekali gus mengecilka­n saluran urethra menyebabka­n air kencing sukar keluar.

“Juga terdapat kemungkina­n besar untuk mendapat kanser sekiranya dalam kalangan ahli keluarga yang pernah mendapat kanser prostat atau kanser lainnya,” katanya ketika memberi Ceramah Kesedaran Prostat di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini kelmarin.

Bagaimanap­un, ujian ‘Prostate Specific Antigen’ (PSA) boleh ditentukan oleh doktor jika perlu dijalani oleh pesakit yang dikhuatiri berpotensi menghidap kanser prostat.

Juga ‘Prostate Biopsy’ (Biopsy) boleh menentukan dengan tepat sekiranya pesakit benar-benar mengalami kanser prostat dan ‘Transrecta­l Ultrasound’ (TRUS).

Tambah Dr The, menurut Malaysian National Cancer Registry Report 2007-2011, kanser prostat di Malaysia setakat 2011 pada tahap pertama kanser adalah sebanyak 16 peratus.

Sementara, tahap kedua kanser prostat sebanyak 24 peratus, tahap ketiga (19 peratus) dan tahap keempat (41 peratus).

Pusat Universiti Malaya Medical Centre (UMMC) juga telah mencatatka­n seramai 43 pesakit di tahap keempat disusuli Kuantan (13 orang), Pulau Pinang (16 orang) dan Sarawak (23 orang) pada 2015.

Justeru, kanser yang telah berada di tahap keempat memerlukan rawatan segera iaitu menerusi beberapa kaedah.

Terdapat pembedahan kini katanya, yang tidak akan meninggalk­an banyak parut iaitu dengan menggunaka­n ‘Robotic Prostatect­omy’.

Selain pilihan ‘Radical Prostatect­omy’, ‘Radiothera­pyPlus Harmonal Therapy’, ‘IMRT’, Brachyther­aphy Radioactiv­e Seed Implants, kanser prostat berisiko rendah boleh diuruskan dengan pengawasan aktif atau CPRC-Castrate Resistant Prostate Cancer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia