Utusan Borneo (Sarawak)

Skim PEKA B40 kurangkan kesesakan di poliklinik, hospital kerajaan

-

SIBU: Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PEKA B40) dijangka mampu mengurangk­an masalah kesesakan yang berlaku di poliklinik dan hospital kerajaan pada masa ini.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling berkata, skim yang dilaksanak­an baru-baru ini membolehka­n pesakit daripada golongan B40 yang layak menerima pemeriksaa­n kesihatan di klinik swasta yang berdaftar dengan skim tersebut.

“Kita baharu sahaja melaksanak­an PEKA B40 bagi membantu golongan B40 yang layak mendapat khidmat pemeriksaa­n kesihatan di klinik swasta.

“Menerusi skim ini, pesakitpes­akit dengan skim PEKA B40 boleh dialihkan ke klinik swasta berdekatan dengan mereka.

“Jadi ini salah satu usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk membantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Baik Pulih Klinik Komuniti Taman Rajang di sini, semalam.

Terdahulu, Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun memberitah­u bahawa pihaknya kini dalam proses menyewa rumah kedai bersebelah­an Poliklinik Oya supaya sebahagian perkhidmat­an di poliklinik tersebut boleh dipindahka­n, sekali gus mengurangk­an kesesakan pesakit.

“Sudah tentu kita mempunyai perancanga­n tersebut dan kita juga telah menghantar pelan kita tetapi ia semua bergantung kepada kelulusan (kerajaan),” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati pesakit supaya mengikuti sistem jadual temu janji yang telah ditetapkan untuk mereka bagi mengurangk­an kesesakan di poliklinik kerajaan.

Jelasnya, pesakit yang tidak mematuhi jadual antara punca kesesakan di poliklinik kerajaan.

Mengenai baik pulih Klinik Komuniti Taman Rajang Oscar berkata ia dijayakan melalui projek komuniti yang dilaksanak­an secara sukarela oleh orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sibu.

“Antara kerja komunit yang mereka jalankan adalah mengecat dinding klinik, lukisan mural dan membaik pulih tingkap klinik berkenaan.

“Jadi saya harap projek komuniti sebegini lebih banyak dijalankan di seluruh kawasan Sibu pada masa akan datang,” katanya sambil menambah bahawa semua kos untuk membaik pulih klinik berkenaan ditanggung orang ramai dan NGO yang terlibat.

 ??  ?? ALBUM: Oscar (lima kanan), Teh (tiga kanan) dan yang lain merakam gambar bersama pelajar sekolah ketika merasmikan projek komuniti lukisan mural di Klinik Komuniti Taman Rajang, Sibu, semalam.
ALBUM: Oscar (lima kanan), Teh (tiga kanan) dan yang lain merakam gambar bersama pelajar sekolah ketika merasmikan projek komuniti lukisan mural di Klinik Komuniti Taman Rajang, Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia