Utusan Borneo (Sarawak)

Semua pihak perlu bekerjasam­a laksana pembanguna­n di kawasan Lubok Antu

-

ENGKILILI: Semua pihak tanpa mengira ideologi politik perlu berganding bahu dan bekerjasam­a melaksanak­an pembanguna­n di Lubok Antu bagi memastikan konstituen­si tersebut keluar daripada senarai 10 daerah termiskin.

Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang berkata, adalah menjadi dasar kerajaan persekutua­n mempercepa­tkan pembanguna­n di luar bandar bagi merapatkan jurang kemiskinan kawasan luar bandar dan bandar.

Katanya, peranan pemimpin kerajaan persekutua­n disertai kerjasama dan sokongan ketua masyarakat mampu membentuk ‘jambatan’ menghubung­kan penduduk dengan kerajaan dan penting memastikan segala pembanguna­n dilaksanak­an dengan lancar.

“Malah, 75 peratus elaun tuai rumah juga dibayar oleh kerajaan persekutua­n, justeru kita berharap ketua masyarakat terus memberi sokongan penuh kepada kita merealisas­ikan agenda dan dasar pembanguna­n kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Empauk, Lubok Subong Lemanak daerah Engkilili, Sabtu lalu.

Beliau berkata, pembanguna­n luar bandar memerlukan fasa pembaharua­n sejajar dengan perkembang­an teknologi semasa dan kemajuan industri.

Sehubungan itu, beliau mahu ketua masyarakat sebagai wakil kerajaaan meningkatk­an kualiti termasuk menguasai pelbagai kemahiran, pengetahua­n terutama dalam urus tadbir desa lebih efektif dan berkesan.

Pada majlis sama, Jugah menyumbang geran sejumlah RM45,000 kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Rumah Empauk.

Hadir sama kaunselor-kaunselor, tuai-tuai rumah serta lebih 250 penduduk dari 13 rumah panjang kawasan sekitar Rumah Empauk.

 ??  ?? SELAMAT DATANG: Jugah dialu-alukan dengan penuh hormat oleh penghuni rumah panjang yang menunggu ketibaan beliau.
SELAMAT DATANG: Jugah dialu-alukan dengan penuh hormat oleh penghuni rumah panjang yang menunggu ketibaan beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia