Utusan Borneo (Sarawak)

Tentang penempatan semula Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah, Sarawak ke Kota Kinabalu

-

mesti mempunyai pendirian tegas menentang penempatan semula Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dari Kuching ke Kota Kinabalu.

Setiausaha Agung Part Sarawak Bersatu (PSB) George Lo berkata, ini kerana keputusan itu jelas sewenangwe­nangnya dibuat tanpa sebarang rundingan dengan pihak berkepenti­ngan utama dan tanpa persetujua­n Kerajaan Sarawak seperti diperuntuk­kan dalam Perkara 121 (4) Perlembaga­an Persekutua­n.

Menurutnya Sarawak tidak boleh membenarka­n hak Sarawak dikikis lagi dengan melanggar Perlembaga­an.

Tambanhnya, jika kerajaan Persekutua­n tidak menarik balik keputusan itu, Kerajaan Sarawak mesti bersedia untuk mencabar perlanggar­an perlembaga­an itu di mahkamah.

Jika tidak ujarnya, wujud keperluan untuk ‘memaklumka­n Ketua Menteri Sarawak menjadi akademik dan ia akan mempunyai kesan rumit kepada perkara lain yang sama dalam Perlembaga­an.

“Saya bersetuju dengan pandangan YB See Chee How mengenai penempatan semula yang mendadak pendaftar utama Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dari Kuching ke Kota Kinabalu.

“Pendaftar Mahkamah Tinggi terletak di Kuching sejak pembentuka­n Malaysia Sekiranya terdapat keperluan sebenar untuk dipindahka­n ia mesti dibincangk­an antara pihak berkepenti­ngan termasuk Persatuan PeguamPegu­am Sarawak dan Sabah Peguam Negara dan Ketua Menteri kedua-dua negeri.

“Keputusan sedemikian tidak dapat dilakukan atas keinginan seseorang kerana ia akan melanggar Perlembaga­an Persekutua­n sepert dinyatakan oleh YB (See Chee How),” ujarnya dalam satu kenyataan akhbar, kelmarin.

Menurutnya penempatan semula itu mempunya kepentinga­n simbolik yang besar selepas Kerajaan Sarawak menolak cubaan meminda Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n, baru-baru ini.

Sabtu lalu, See yang juga Ahli Dewan Undangan Neger (Batu Lintang) berkata kerajaan persekutua­n dan Kerajaan Sarawak mesti menjelaska­n rasional di sebalik keputusan menempatka­n semula Pejabat Pendaftar Mahkamah Tingg Sabah dan Sarawak.

“Lebih 50 tahun tidak pernah ada aduan bahawa pendaftar utama di Kuching telah gagal dalam apa cara pun, melaksanak­an tugastugas, tanggungja­wab dan fungsi-fungsi dengan apaapa cara, tidak gagal atau kecuaian dalam kalangan staf yang berkhidmat di Pejabat Pendaftar.

“Pada pemahaman saya juga, Persatuan Peguam Sarawak tidak dimaklumka­n secara formal dan mereka tidak bersetuju dengan penempatan semula Pejabat Pendaftar utama ini dari Kuching ke Kota Kinabalu,” ujar See.

 ??  ?? GEORGE LO
GEORGE LO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia