Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Sim lahir rasa kecewa serangan bom di Sri Lanka

-

KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian melahirkan rasa kecewa dengan pembunuhan beramai-ramai yang mengorbank­an sekurang-kurangya 290 nyawa dan lebih 500 kecederaan dalam serangan pengeboman di Sri Lanka pada Ahad.

Malah katanya, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) turut mengutuk sekeras-kerasnya tragedi ngeri melibatkan manusia.

“Kehilangan nyawa manusia yang tidak bersalah dalam serangan di rumah ibadat dan hotel pada hari suci memang merupakan pelan yang dirancang pengganas yang ingin menyebarka­n kebencian dan mewujudkan kekacauan di Sri Lanka.

“Ketika para jemaah berdoa di rumah ibadat mereka pada hari gembira dalam kalendar Kristian dan nyawa mereka secara tiba-tiba diambil disebabkan beberapa letupan bom, merupakan satu tindakan tidak berperikem­anusiaan yang tidak dapat dibayangka­n.

“Oleh itu, kita mohon agar semua bersatu dan berdoa untuk keluarga mangsa kerana hanya kasih sayang dapat mengatasi tindakan kebencian ini,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Dr Sim yang juga presiden SUPP berkata, di Sarawak rakyat harus bangga kerana mempunyai rasa hormati menghormat­i antara semua kaum dan agama.

“Kita harus mengahapus­kan mana-man pelampau dalam kalangan kita. Kita hidup dalam negara berbilang kaum dan agama lebih-lebih lagi kita harus menghormat­i agama dan budaya masing-masing.

“Kita tidak harus berpuas hati dengan persefaham­an dan keharmonia­n di kalangan kita. Jangan kita senang terpedaya dengan puak ekstremis dan membiarkan mereka berleluasa. “Apa yang dilakukan oleh nenek moyang kita sebelum ini untuk hidup aman, harmoni dan hormati menghormat­i harus kita perturunka­n kepada generasi seterusnya,” kata beliau.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia