Utusan Borneo (Sarawak)

Baru kecam serangan di Colombo, Sri Lanka

-

KUCHING: Menteri Kerja Raya Baru Bian mengecam sekeras-kerasnya serangan di gereja dan hotel di Colombo, Sri Lanka yang telah menyebabka­n banyak kematian dan kecederaan.

Baru berkata, beliau terkejut dan sedih apabila mengetahui insiden pembunuhan, kemusnahan dan kekejaman tegar itu dalam televisyen pada Ahad.

“Saya amat sedih melihat bilangan nyawa kanakkanak, wanita dan lelaki tidak berdosa yang diragut dalam sekelip mata dalam insiden ini.

“Lebih menyayat hati lagi adalah hakikat bahawa pembunuhan yang mengorbank­an bànyak nyawa ini berlaku pada hari yang begitu membahagia­kan dalam kalendar Kristian dan di rumah ibadat.

“Sesungguhn­ya saya mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan ini dan berharap agar mereka yang bertanggun­gjawab atas jenayah kejam ini dibawa ke muka pengadilan.

“Doa saya bersama keluarga dan rakan mangsa dalam serangan bom di Sri Lanka,” katanya menerusi kenyataan medianya semalam.

Baru yang juga pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak berkata, sebelum ini rakyat seluruh dunia menyaksika­n begitu bànyak nyawa diragut di rumah ibadat di New Zealand.

“Penyerangn­ya dikenali dan tidak menunjukka­n rasa kesal. Sebaliknya, individu itu dengan megah mempamerka­n perbuatan kejinya menembak jemaah yang langsung tidak menjangkak­an nasib mereka tatkala mereka sujud bersembahy­ang.

“Di Sri Lanka, jemaah juga langsung tidak menjangkak­an kejadian yang bakal menimpa mereka dan pada hari paling suci itu, nyawa mereka telah diragut dalam sekelip mata apabila bom meletup di beberapa gereja,” katanya.

Serangan ke atas gerejagere­ja dan beberapa hotel itu meragut lebih 200 nyawa dan menyebabka­n ratusan lagi cedera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia