Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih ramai anak Sarawak dilantik isi jawatan SPP

Bagi capai sasaran 90 peratus guru kelahiran Sarawak menjelang 2021, setakat ini pengambila­n cecah 87 peratus

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Lebih ramai anak tempatan akan dilantik untuk mengisi jawatan dalam Suruhanjay­a Perkhidmat­an Pelajaran (SPP) bagi mencapai sasaran 90 peratus guru kelahiran Sarawak menjelang 2021.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik berkata, setakat ini pengambila­n di bawah dasar pemerkasaa­n yang bermula sejak 2015 hingga 2018 itu hanya mencecah 87 peratus.

Dr Md Farid berkata, memandangk­an sasaran masih berkuranga­n sebanyak tiga peratus, pengambila­n akan diteruskan sehingga 2021 dengan melantik lebih ramai pegawai pelaksana yang terdiri daripada anak-anak Sarawak.

“Kita berharap dalam tempoh tersebut dapat menjangkau lebih ramai pegawai pelaksana untuk dilantik dalam perkhidmat­an pengajaran melalui sesi temu duga yang diadakan di bandar utama seperti Kuching dan Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyampaia­n Watikah Pelantikan Pengerusi Lembaga Temu Duga (LTD) Sarawak dan Program Bual Bicara Ahli Suruhanjay­a Bersama Warga Pendidikan Bahagian Miri di Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Miri semalam.

Selain kawasan Kuching dan Miri, sesi temu duga mungkin diperluas ke bandar kecil seperti Sarikei, Kapit dan Limbang bagi mengurangk­an kos perbelanja­an calon-calon ke luar.

“Sarawak terdiri daripada masyarakat yang unik dan berbilang kaum, justeru kita berpendapa­t anak-anak tempatan adalah pilihan

Kita berharap dalam tempoh tersebut dapat menjangkau lebih ramai pegawai pelaksana untuk dilantik dalam perkhidmat­an pengajaran melalui sesi temu duga yang diadakan di bandar utama seperti Kuching dan Miri.

Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

terbaik untuk menjalanka­n tanggungja­wab sebagai pendidik,” katanya.

Terdahulu pada majlis tersebut,beliaumeny­ampaikan watikah pelantikan kepada 10 pengerusi Lembaga Temu Duga SPP Sarawak yang kesemuanya anak kelahiran Sarawak.

Mereka dilantik memegang jawatan itu bagi tempoh 1 Mei tahun ini hingga 30 April 2020.

“Pelantikan pengerusi ini bertujuan membantu dan melancarka­n proses temu duga yang dilaksanak­an oleh SPP bagi mendapatka­n calon terbaik untuk berkhidmat di sini.

“Sepanjang 2018,980 calon telah ditawarkan pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan dan tiga calon Anggota Kumpulan Pelaksana bagi sekolah agama bantuan,” jelasnya.

Tambahnya, jumlah ini berkuranga­n berbanding calon yang dilantik pada 2017 disebabkan pembekuan sementara urusan pengambila­n oleh kerajaan.

Hadir sama Pengerusi Suruhanjay­a Perkhidmat­an Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, Timbalan Pengerusi SPP Tan Sri Ahmad Phesal Talib dan ahli-ahl Suruhanjay­a Perkhidmat­an Pelajaran.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Md Farid (enam kanan) bersama dif kenamaan lain dan ahli-ahli Pengerusi Lembaga Temu Duga SPP (barisan hadapan kiri) selepas majlis penyampaia­n watikah pelantikan di ILP Mir semalam.
TAHNIAH: Dr Md Farid (enam kanan) bersama dif kenamaan lain dan ahli-ahli Pengerusi Lembaga Temu Duga SPP (barisan hadapan kiri) selepas majlis penyampaia­n watikah pelantikan di ILP Mir semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia