Utusan Borneo (Sarawak)

SEB terus bekerjasam­a maksimumka­n faedah insiatif pelaburan sosialnya

-

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) terus bekerjasam­a dengan pemimpin masyarakat Orang Ulu dan pihak berkepenti­ngan Skim Penempatan Semula Bakun di Belaga untuk memaksimum­kan faedah insiatif pelaburan sosial kepada penduduk di kawasan itu.

Sejak memperoleh Empangan Hidroelekt­rik (HEP) Bakun daripada Kementeria­n Kewangan Malaysia pada 2017, SEB telah memperkena­lkan beberapa inisiatif ke dalam kawasan penempatan semula dengan memberi tumpuan kepada meningkatk­an kesejahter­aan masyarakat.

Antara tunjang pelaburan sosial adalah pemulihara­an warisan budaya, peningkata­n infrastruk­tur, program kesihatan dan keselamata­n, kempen antidadah dan insentif pendidikan.

Bermula tahun ini, SEB memperkena­lkan program anak angkat rumah panjang di kawasan itu.

Program lima tahun itu akan meliputi 15 rumah panjang penempatan semula melibatkan sekitar 15,600 penduduk.

Rumah panjang akan diguna pakai secara bergilir-gilir untuk memperkema­skan usaha meningkatk­an sokongan kepada rumah panjang individu.

Tiga rumah panjang pertama yang terdiri daripada 1,700 penduduk kampung dipilih pada 2019 ialah Uma Bukit (650 penduduk dengan 79 isi rumah), Uma Lahanan (800 penduduk dengan 101 isi rumah) dan Uma Penan Talun (300 penduduk dengan 94 isi rumah).

SEB akan bekerjasam­a dengan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) untuk mencapai penyelesai­an berorienta­sikan masyarakat bagi menghadapi sebahagian masalah rumah panjang ketika berdepan penempatan semula.

Projek ini akan memberi tumpuan kepada memperbaik­i persekitar­an rumah panjang melalui pengindaha­n secara bergotong-royong dan meningkatk­an kemudahan asas dan infrastruk­tur, menyokong penduduk kampung dalam aktiviti kebudayaan mereka untuk pemulihara­an warisan serta program pembanguna­n masyarakat dan aktiviti keusahawan­an.

Inisiatif ini adalah salah satu usaha yang dibincangk­an dan dipersetuj­ui di dua dialog dan sesi di Bintulu barubaru ini, masing-masing dengan Balui Lake Native Associatio­n (BLNA) untuk masyarakat huluan HEP Bakun dan Jawatankua­sa Tindakan Belaga (BAC) untuk masyarakat hiliran.

Sesi pertama adalah dengan BLNA, Peng Maren Uma selaku Ketua Rumah Panjang Persatuan dan JKKK dari 15 rumah panjang di Skim Penempatan Semula Sungai Asap .

Sidang itu dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chuk Pai Ugon dan Pemanca Tony Kulleh.

Sesi kedua dengan BAC dihadiri 14 anggota jawatankua­sanya yang diketuai Temenggung Ajang Sirek bersama Setiauasah­a Politk Ketua Menteri Beatrice Kedoh Tajang.

Mewakili SEB ialah Pengurus Besar CSR dan Kelestaria­n Jiwari Abdullah dan Pengurus Stesen HEP Bakun Johnny Wong.

Mengulas mengenai sesi itu yang disifatkan­nya sebagai perkembang­an positif, Jiwari berkata, pertemuan itu memberi kejelasan kepada kedua-dua belah pihak tentang bagaimana dapat merancang masa depan dari segi usaha pelaburan sosial mereka.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Jiwari (barisan hadapan, sembilan kanan) dan Beatrice (barisan hadapan, lapan kanan) merakam kenangan semasa sesi bersama BAC yang dihadiri 14 anggota jawatankua­sa diketuai Temenggung Ajang Sirek (barisan hadapan, tujuh kanan).
UNTUK ALBUM: Jiwari (barisan hadapan, sembilan kanan) dan Beatrice (barisan hadapan, lapan kanan) merakam kenangan semasa sesi bersama BAC yang dihadiri 14 anggota jawatankua­sa diketuai Temenggung Ajang Sirek (barisan hadapan, tujuh kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia