Utusan Borneo (Sarawak)

AGM PBTLDM Cawangan Negeri Sarawak Ahad ini

-

SIBU: Persatuan Bekas Tentera Laut Diraja Malaysia (PBTLDM) Cawangan Negeri Sarawak menyeru semua ahli persatuan hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke11 pada Ahad ini di Hotel Li Hua, Jalan Pahlawan (Terminal Bas).

Yang Dipertua PBTLDM Thomas Ling berkata, AGM ini sepatutnya dilaksanak­an pada 29 April di Hotel Li Hua, Lorong Lanang 2 tetapi diubah kepada tarikh dan tempat baharu seperti yang dinyatakan atas sebab-sebab tertentu.

“Pihak persatuan telah mengeluark­an notis AGM tersebut kepada semua ahli pada 29 Mac (Jumaat) lalu.

“Namun untuk mengatasi masalah surat jemputan lewat diterima atau pertukaran alamat kepada para ahli, pihak persatuani­nginmemakl­umkan semula mengenai mesyuarat tersebut bagi mengelak ketidakhad­iran ahli-ahli.

“Para ahli PBTLDM Cawangan Negeri Sarawak dikehendak­i hadir pada jam 8.30 pagi bagi sesi pendaftara­n dan perasmian AGM akan bermula pada jam 9.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Hadir sama Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) Francis Yeo.

Sementara itu, PBTLDM Cawangan Negeri Sarawak akan mengadakan Majlis Reunion pada 2 November di Hotel Li Hua, Lorong 2, jam 7.30 malam.

Menurut Ling lagi, seramai 130 wakil cawangan persatuan dari seluruh Malaysia akan hadir untuk memeriahka­n majlis tersebut memandangk­an ini merupakan julung kalinya persatuan mengadakan Majlis Reunion bagi semua anggota TLDM yang berkhidmat dari 1971 hingga 2019.

“Kepada ahli yang berminat menyertai Majlis Reunion Veteran TLDM Sarawak pada November, kupon percuma akan diberikan semasa sesi pendaftara­n AGM Ahad nanti.

“Kupon percuma itu tidak akan diberikan lagi selepas sesi pendaftara­n AGM tersebut,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap ahli-ahli PBTLDM Cawangan Negeri Sarawak hadir ke AGM yang akan diadakan pada 28 April ini.

Ahli-ahli veteran TLDM Sarawak yang tidak dapat hadir ke AGM tetapi berminat untuk hadir ke Majlis Reunion boleh menempah tiket dengan harga RM300 bagi satu meja manakala RM30 untuk satu tiket.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubung­i Penolong Pegawai Tadbir Syafika Nursahara Abdullah di talian 084-341935/349755/0109337056 atau 084-331871 (faks) atau e-melkan ke pvtms2011@gmail.com.

Maklumat lanjut juga boleh didapati di pejabat persatuan atau menghubung­i Setiausaha Kehormat Rasin Ukat di talian 014-8494453.

 ??  ?? JEMPUT HADIR: Ling (kiri) bersama Yeo ketika sidang media semalam.
JEMPUT HADIR: Ling (kiri) bersama Yeo ketika sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia