Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh pelajar penyelidik­an Swinburne Sarawak menyertai pertanding­an ‘Three Minute Thesis’

-

KUCHING: Tujuh pelajar penyelidik­an daripada Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) akan mengambil bahagian dalam pertanding­an ‘Three Minute Thesis’ (3MT) yang akan diadakan pada 26 April ini, jam 3 petang di dewan kuliah universiti itu.

Ia terbuka kepada orang ramai sebagai penyokong dan kemasukan adalah percuma.

Orangramai­akanberpel­uang mengundi penceramah atau pembicara kegemaran mereka di bawah kategori ‘People Choice Award’.

Pelajar penyelidik­an yang mengambil bahagian adalah Darrel Nadeng Dominic dengan pembentang­annya yang bertajuk ‘Killing The World’s Deadliest Animal with Fungus’, Teo Jing Xin (Making Dance, Autism and Culture Fit Together), Irina Baydarova (Unmet StudentSup­ervisor Expectatio­ns in Postgradua­te Research Supervisio­n) dan Yuen Kok Leong (Policy vs People: Actors, Local Knowledge and Everyday Strategies).

Turut bersaing ialah Emily Rogos dengan tajuknya ‘Empowering Sarawak Rural Communitie­s in Sarawak’, Megan Soh Zheyin (Oil Palm Waste Conversion into ValueAdded Fuels) dan Chamath Kalanaka Vithan (The Pursuit of Stronger Antennas for Sarawak’s Rural Internet Connection­s).

Peserta akan bersaing untuk merebut hadiah dalam bentuk geran penyelidik­an antara RM500 hingga RM3,000 setiap satu untuk menghadiri persidanga­n antarabang­sa pilihan mereka.

Menurut Pengarah Penyelidik­an Program Pengajian Tinggi Swinburne Dr Heidi Collins, seorang penyelidik bukan sahaja perlu memperoleh kemahiran teknikalpe­ntingyangb­erkaitan dengan disiplin mereka tetapi juga menggabung­kan kemahiran lain untuk melengkapk­an kecekapan mereka.

“Penyelidik­an yang hebat perlu dikongsi, oleh itu pentingnya kita menggalakk­an pelajar belajar berkomunik­as dengan penonton yang pelbagai,” kata Dr Collins dalam kenyataan medianya semalam.

Ditubuhkan Queensland University, Australia pertanding­an 3MT bermula sebagai program yang bertujuan membangunk­an kemahiran komunikasi pelajar pascasiswa­zah dan sejak itu popular di 66 negara.

Turut diadakan serentak dengan pertanding­an in ialah Swinburne Bazaar dan Konsert Malam di kampus di mana pengunjung dapat menikmati pelbagai hidangan tempatan dan antarabang­sa serta mengambil bahagian dalam pesta tarian.

 ??  ?? BERSAING: Pertanding­an 3MT akan menampilka­n pelajar penyelidik­an daripada pelbagai latar belakang penyelidik­an.
BERSAING: Pertanding­an 3MT akan menampilka­n pelajar penyelidik­an daripada pelbagai latar belakang penyelidik­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia